Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana SKPP 11(2) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Kali ke 6 bagi tahun 2015. Hampir 500 murid bersama ibu bapa telah hadir dan menyertai kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Guru Besar Pn Rohana Binti Abd Manaf, GPK Kokurikulum Pn Norihan Binti Ismail dan Setiausaha Sukan En Mohd Khairi Bin Ariffin kerana berjaya merancang dan melaksanakan program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada En Mohd Rashidi Bin Sabri selaku YDP PIBG serta barisan AJK PIBG yang banyak membantu serta memberikan bantuan dalam menjalankan program ini. Selain itu, kerjasama daripada seluruh warga SKPP 11(2) dan para ibu bapa juga melancarkan lagi kejohanan ini. Diharap pada masa akan datang SKPP 11(2) berjaya menganjurkan kejohanan seperti ini.
 |
Acara Senamrobik sebagai acara pemanas badan. |
|
|
 |
Taklimat Pelepasan oleh Setiusaha Sukan Merangkap Pengurus Program |
 |
Murid Acara Langkah Ceria Bersama Penjaga dilepaskan |
 |
Acara Merentas Desa di Taman Saujana Hijau |
 |
Pemenang Kategori Langkah Ceria |
 |
Murid Menerima Hadiah |
No comments:
Post a Comment