Satu Program Mentor- Mentee telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kunseling pada 24 Mac 2015. Antara pengisian program ini ialah setiap murid tahun enam diberikan seorang guru mentor yang berperanan untuk membantu mereka daripada aspek akademik, motivasi dan sokongan agar semua murid tahun enam dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Selain itu, setiap mentor akan mengadakan sesi pertemuan secara bersemuka untuk membimbing mereka dan meningkatkan motivasi mereka agar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPP 11(2) Pn Rohana Binti Abd Manaf.
Murid tahun enam begitu teruja untuk bertemu dengan mentor mereka. |
Barisan pentadbir bersama semua murid tahun enam |
Guru Besar memakaikan lencana 5A |
Penyerahan mentee kepada Puan Jalila daripada Guru Besar |
Ustaz Naqiuddin menerima mentee daripada Guru Besar |
No comments:
Post a Comment