Pada 12 hingga 13 Mei 2017 yang lepas, SKPP 11(2) telah mengadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkas sekolah yang bertempat di Kolonek Camp Kampung Lonek Negeri Sembilan. Perjalanan dari SKPP 11(2) ke kem tersebut mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit. Pada kali ini pihak sekolah mengetengahkan perkhemahan bercirikan sawah padi dan suasana kampung. Pemilihan kem tersebut berdasarkan pemerhatian dan anugerah yang diperolehi antaranya Homestay Terbaik Peringkat Negeri Sembilan dan Anugerah Desa Lestari. Selain itu, Koperasi Homestay Kampung Lonek juga turut berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan serta sudah biasa menjalankan program homestay sama ada di peringkat Kebangsaan atau peringkat Antarabangsa. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah permainan rakyat, Tarian kebudayaan Negeri Sembilan, Mengoca Ikan. Menanam Padi, Mengemping Padi dan pelbagai lagi. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya.
Malam Kebudayaan |
Membina Logo Kumpulan |
Ekspedisi Basikal Tua |
Barisan Fasilitator |
Aktiviti Menanam Padi |
LDK |
Permainan Boling Kelapa |
Permainan Kelereng |
Pandu Arah Kompas |
Kraf Khemah |
Permainan Tarik Upih |
Mengoca Ikan |
Peserta Program |
Hasil Tangkapan Mengoca Ikan |
Guru Bersama Murid Bermain Tarik Upih |
Minum Petang |
Berjalan 10 Ribu Langkah Mengelilingi Kampung |
No comments:
Post a Comment