Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Wednesday 23 October 2013

PELANCARAN GERAK TARI 1 MALAYSIA DAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAI TRADISIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

 Salam 1 Malaysia, berakhir sudah Program Kecemerlangan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 30 Sept - 3 Okt 2013 yang berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan murid berada dalam keadaan baik sepanjang majlis berlangsung. Walaupun hanya menduduki tempat ke-6 dalam Pertandingan Tarian Rampai Tradisional namun ianya merupakan pengalaman yang berharga bagi murid-murid Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2) kerana berjaya hingga ke tahap ini. Terima kasih kepada Jurutari En. Terry Hanaffi yang turut bertungkus lumus melatih murid sehingga dapat mewakili Putrajaya dalam Pertandingan Tarian Rampai Tradisional dan terima kasih juga kepada para ibu bapa yang memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami.

Berdiri dari kiri: Irfan Zuhayr, Aizul, Iskandar, Alif dan Irfan Hakimi
Duduk dari kiri : Hanisah, Husniyah, Alesya, Arlyn dan Khaira.

Bersama guru-guru pengiring.

minit-minit selepas habis menari...

Jasa baik...sahabat baik..adik yang baik..Cikgu Nurul yang sanggup turun subuh-subuh semata-mata nak mekapkan murid-murid..

sementara menunggu lif

Kontinjen Putrajaya.

Plak Saguhati kemenangan...alhamdullilah..

Acara penyampaian hadiah dan sijil.

Hari akhir kami bersama cikgu Tery...terima kasih daun keladi :) rezeki dia orang dapat banyak hadiah dari Jabatan Pelajaran W.P Putrajaya termasuklah baju peplum dan skarf murid perempuan, kemeja dan seluar murid lelaki.

 mencuri masa berlatih sehari sebelum pertandingan bermula.

Bergambar bersama Cikgu Tery Hanaffi...



Pada 1 Oktober, sehari sebelum pertandingan tarian, Pelancaran Gerak Tari 1 Malaysia Prasekolah telah diadakan di ICity Shah Alam. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Y.B Datuk Mary Yap Kain Ching. Kenangan manis, dengarnya disiarkan di TV juga. Kali ke-2 berjumpa Datuk Mary selepas Konvensyen Amalan Terbaik PdP Prasekolah di Summit Hotel, SJ minggu lepas.


Himpunan murid-murid prasekolah seluruh Malaysia.

Bersedia untuk menari..

Datuk Mary Yap Kain Ching ketika majlis pelancaran.

Antara pengisian aktiviti ketika di Shah Alam. Melawat ICity Shah Alam.


Pandai pulak berposing :)

Tahniah dan Syabas kepada semua murid, guru-guru serta PPM2 yang bertungku lumus melatih murid dalam semua acara yang dipertandingankan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...