Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Monday 30 May 2016

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN KARNIVAL KLUSTER AGAMA ISLAM

Pada 28 Mei 2016 bersamaan hari Sabtu telah diadakan dua program iaitu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Karnival Kluster Agama Islam Peringkat Kebangsaan. Bagi Majlis Tilawah Al-Quran sebanyak 13 penyertaan yang melibatkan kesemua sekolah rendah di Putrajaya manala bagi Karnival Kluster Agama Islam sebanyak 12 buah sekolah iaitu yang mewakili negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya. Pada kali ini SKPP 11(2) telah menjadi johan keseluruhan bagi Penyertaan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Putrajaya dan Johan bagi pertandingan hafazan lelaki Karnival Klauster Agama Islam serta Naib Johan pertandingan bercerita Lelaki serta Tulisan Khat. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya serta Panitia Agama Islam & Bahasa Arab kerana berjaya menganjurkan pertandingan di Peringkat Putrajaya dan Kebangsaan.

Perasmian Penutupan Oleh Pengarah JPWP Putrajaya
Naib Johan Pertandingan Bercerita Karnival Kluster Agama Islam
Wakil Guru Pengiring Menerima Sijil Penyertaan
Tetamu Kehormat yang Menghadiri Majlis Ini

Pertandingan Tulisan Khat

Peserta dari Negeri Sembilan

Pertandingan Bercerita Lelaki

Saturday 28 May 2016

PENYERAHAN KEK SEMPENA HARI GURU OLEH AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA

Pada 25 Mei 2016 Ahli Parlimen Putrajaya iaitu YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor telah sudi untuk menyumbangkan kek sempena Sambutan Hari Guru 2016 upacara penyerahan kek ini telah disempurnakan oleh isteri beliau iaitu YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki. Tujuan majlis ini diadakan ialah sebagai tanda penghargaan Parlimen Putrajaya kepada seluruh warga pendidik khusunya di Putrajaya. Pada majlis tersebut Parlimen Putrajaya telah sudi memberi sumbangan satu set sofa untuk SKPP 11(2). Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Utama atas keprihatinan dan penghargaan kepada kami warga SKPP 11(2).

YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki Menandatangani Buku Pelawat

Bersama Guru-Guru SKPP 11(2)
YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki Menyuapkan Kek Kepada Murid-Murid

YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki Kepada Guru Besar

YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki Memberi Ucapan Sempena Hari Guru


Monday 23 May 2016

PROGRAM MUKHAYYAM ARABI

Pada 20 hingga 22 Mei 2016 telah diadakan program kluster iaitu Mukhayyam Arabi di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6. Program ini dijalankan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk memperkasa penguasaan bahasa Arab serta menimbulkan minat mempelajari bahasa Arab. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Aktiviti LDK

Program Mukhayyam Arabi 2016


Barisan Fasilitator Terdiri Daripada Pelajar UKM

Monday 16 May 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2016


GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Wednesday 4 May 2016

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

Berikut ialah jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Peperiksaan akan bermula pada 9 Mei 2016 hingga 13 Mei 2016 bagi murid tahap 1 dan  9 Mei 2016 hingga 17 Mei 2016 bagi murid tahap 2. Diharap semua murid SKPP 11(2) telah bersedia bagi menghadapai peperiksaan ini serta memeberikan yang terbaik. Selamat Menduduki Peperiksaan..

Jadual Peperiksaan Tahap 1
Jadual Peperiksaan Tahap 2

PROGRAM SEPANJANG MINGGU PENGHUJUNG APRIL

Sepanjang penghujung April beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Pelancaran minggu Matematik, Majlis Penyerahan Dropzone dan Program Waris Mengapai Bintang Tahun 1.

Laluan Dropzone yang Lebih Selesa

Majlis Penyerahan Dropzone yang disempurnakan oleh Pengarah JPNWPP

Warga JPNWPP Bersama Pentadbir SKPP 11(2) dan JKR

Gimik Perasmian Minggu Matematik

Tandatangan Replika Cek Sempena Minggu Matematik

Program Waris Mengapai Bintang Tahun 1

Murid Mendengar Maklum Balas Guru tentang Anak-Anak Tahun 1

Guru Kelas Bersama Ibu Bapa Tahun 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...