Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Sunday 30 November 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA PUTRAJAYA 
(SMAPUTRA) TINGKATAN 1 
SESI 2015


Friday 28 November 2014


SKPP 11(2) MENERUSKAN LEGASI KECEMERLANGAN 
UPSR 2014

Tahun 2014 sekali lagi SKPP 11(2) mencatatkan kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah apabila mencatatkan keputusan ketiga terbaik dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 10 oarang mendapat 5A dan 24 orang 4A 1B manakala Gred Purata Sekolah 1.62 dan kelulusan dalam semua mata pelajaran ialah 100%. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya serta barisan Pentadbir SKPP 11(2) serta Guru-Guru Tahun 6 dan semua warga SKPP 11(2) di atas kejayaan ini. Diharap kejayaan in akan menjadi pembakar semangat kepada calon-calon UPSR tahun 2015 untuk memecahkan rekod thun ini.
 
Kegembiraan jelas terpancar diwajah calon dan barisan pentadbir serta guru-guru tahun 6 SKPP 11(2)

Calon-calon UPSR yang berjaya bersama barisan pentadbir dan guru-guru tahun 6

Friday 21 November 2014




 MAJLIS PERPISAHAN DAN TAUTAN KASIH WARGA SKPP 11(2) YANG AKAN 
BERPINDAH 2015


 Tahniah diucapkan kepada Puan Norfadillah, Puan Marlina dan Cik Intan

 Amanat terakhir daripada Puan Shamsiah yang telah berkhidmat sejak 2009 hingga 2014 kepada seluruh warga sekolah.

 Puan Norfadillah menitiskan air mata berat hati untuk meninggalkan anak didik yang tersayang

 Puan Marlina antara Guru Prasekolah yang banyak memberikan sumbangan kepada anak-anak prasekolah SKPP 11(2)

Cik Intan antara guru penyelaras LINUS yang sangat berdedikasi dan komited dalam tugasnya.



KAMI WARGA SKPP 11(2) AKAN SENTIASA MERINDUI MEREKA, SEMOGA MEREKA LEBIH BERJAYA DAN TIDAK MELUPAKAN KAMI DI SINI...PERGIMU SUKAR DICARI GANTI.....

Thursday 20 November 2014

Program Dasar Warga Emas Negara"Masih Ada Yang Sayang"bersama yang diraikan Datuk Azman bin Abdul Rashid dan En Abd Karim bin Osman di SK Putrajaya Presint 11 (2) anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling...terima kasih kerana hadir

Sesi penyampaian cenderamata kepada En Karim bin Osman ikon kakitangan warga emas SKPP 11(2) yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah

Penyerahan cenderamata oleh Pn Rohana binti Abd Manaf Guru Besar SKPP 11(2) kepada tetamu jemputan Datuk Azman bin Abdul Rashid

Wednesday 19 November 2014

Saturday 15 November 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN HARI GRADUASI MURID-MURID TAHUN 6 SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

SALAM 1 MALAYSIA, Alhamdullilah Hari Anugerah Cemerlang dapat dijalankan dengan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Terima Kasih kepada semua yang menjayakan termasuk guru-guru, kakitangan sekolah Persatuan Ibu Bapa dan Guru hingga terlaksananya Hari Anugerah Cemerlang yang merupakan majlis berprestij dalam takwim tahun 2014.

Bergambar kenangan bersama semua JK HAC 2014 dengan YDP PIBG
En Muhammad Rashidi B. Hj. Sabri

Bergambar bersama Guru Besar, Puan Rohana Bt. Abd Manaf, GPK Tadbir dan Kurikulum, Puan Rohana Bt. Jusoh dan GPK HEM, Puan Noor Azzah Bt Ahmad

Thursday 13 November 2014

HARI BICARA AKADMEIK SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)


 Sekitar gambar-gambar ketika Hari Bicara Akademik dijalankan pada 13 Nov 2014.
Sesi perbincangan bersama ibu bapa



Para pembantu guru yang terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas pembimbing rakan sebaya sedang menguruskan sesi pendaftaran.







Wakil PIBG En. Ahmad Nasuhar bersama SU PIBG Cikgu Noorazira membuka kaunter PIBG bagi tujuan mengisi tabung PIBG
Tahniah kepada semua guru dan PIBG yang memastikan majlis berjalan dengan sempurna dan mengikut masa yang ditetapkan.

Monday 10 November 2014

SESI BERGAMBAR GURU-GURU SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

Untuk makluman borang pembelian gambar murid mengikut kelas masing-masing telah diedarkan kepada guru kelas mengikut tahun. Ibu bapa yang berminat boleh membeli gambar-gambar tersebut dengan menghubungi guru kelas di mana anak jagaan berada. Terima kasih

Wednesday 5 November 2014

PERTANDINGAN PAKAIAN MELAYU TRADISIONAL DAN PERTANDINGAN PANTUN ANTARA GURU-GURU DAN MURID-MURID SKPP 11(2)

Pertandingan Pakaian Tradisional dan Pertandingan Berbalas Pantun Sempena Bulan Bahasa Melayu yang telah diadakan dengan meriahnya. Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.

Pakaian Raja Melayu segak berwarna kuning diraja.


Sebahagian peserta bersama-sama guru pembimbing
Pakaian-pakaian tradisional yang jarang dilihat kini dapat dipertontonkan sempena Bulan Bahasa Malaysia. Dari kiri: Baju kebaya nyonya, kebaya pendek, pakaian minangkabau dan pakaian laksamana melayu.
Sedondon cantik bersongket

Menjeling dara rupawan
Watak Raja dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah

Ala-ala Tun Fatimah Srikandi Melaka

Puteri Perak yang menawan

Hulubalang Negara

Baba dan Nyonya

Laksamana Tun Perak :)
Pemantun-pemantun dari rumah merah dan biru


Pemantun dari rumah kuning dan hijau



Pengenalan Pantun








Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Malaysia di atas kesungguhan menganjurkan pertandingan seumpama ini dan terima kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat.

Monday 3 November 2014

PERSEMBAHAN PIDATO SEMPENA MINGGU BAHASA MALAYSIA 2014

Persembahan pidato oleh murid Tahun 5

Pada masa yang sama, penyampaian cek pertandingan kelas tercantik telah diadakan semula. 

Penyampaian sijil kepada semua murid-murid terlibat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...