Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Thursday 30 June 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA BARISAN PENTADBIR SERTA WARGA SKPP 11(2). SEMOGA KEHADIRAN AIDILFITRI KALI INI MEMBAWA SERIBU ERTI DAN KEBAHAGIAAN KEPADA SEMUA.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMAIE 2016

Pada 30 Jun 2016 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie 2016 bertempat di Sarau Al-Itqan Presint 11. Program ini diadakan bagi meyuburkan amalam membaca al-quran dalam kalangan murid-murid SKPP 11(2) bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Selain itu, selepas Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan Iftar Jamaie yang turut dihadiri oleh ibu bapa dan murid. Tahniah diucapkan kepada Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab kerana telah menjayakan Majlis ini.

Murid-Murid Khatam Al-Quran

Penyerahan Cenderamata Sempena Khatam Al-Quran

Banner Program

Thursday 23 June 2016

SUMBANGAN KERUSI PLASTIK DAN MEJA BANQUET

Terima kasih diucapkan kepada PIBG SKPP 11(2) di atas sumbangan kerusi plastik sebanyak 400 buah bagi menampung keperluan kegunaan di Dewan Ibnu Battuta dan meja banquet. Pihak sekolah amat berbesar hati atas sumbangan yang diberikan serta merakamkan setinggi-tinggi perhargaan atas usaha keras PIBG SKPP 11(2) selama ini bagi bersama-sama menyumbang bakti untuk kejayaan sekolah.

Kerusi Plastik

Meja Banquet

Tuesday 21 June 2016

HARI BICARA AKADEMIK PERTENGAHAN TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan SKPP 11(2) akan mengadakan Hari Bicara Akademik Pertengahan Tahun 2016 untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Jun 2016 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Ibnu Bathuta (Pendaftaran)
               Kelas (Perjumpaan Bersama Guru Kelas)

Pada hari tersebut juga kaunter PIBG akan dibuka bagi memudahkan ibu bapa membuat sumbangan PIBG bagi setiap keluarga. Walaubagaimanapun, bagi murid Tahun 6 perjumpaan bersama ibu bapa dan guru akan diadakan pada satu tarikh lain.

Sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...