Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Saturday 27 June 2015

PROGRAM PIBG BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN SKPP 11(2)

Alhamdulillah, program PIBG Skpp Sebelas Dua dibawah Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SKPP11(2), membawa anak-anak yatim dan miskin ke Busana Mara untuk menerima sumbangan Hari Raya yang dianjurkan oleh Ohhsem Fest dan Busana Mara berjalan dengan cukup meriah dan lancar. Ramai juga selebriti yang terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua penyumbang dan penganjur dalam mengembirakan anak2 yatim dan miskin SKPP11(2). Disamping itu, ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dengan sumbangan 2 buah van untuk membawa anak-anak yatim dan miskin serta saya dan guru2 pengiring ke Busana Mara. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik semua. Amin…

YDP PIBG, GURU BESAR, GURU PENGIRING DAN ANAK-ANAK YATIM & MISKIN SKPP 11(2)

KEGEMBIRAAN DI WAJAH ANAK-ANAK SKPP 11(2)

Wednesday 24 June 2015

MAKLUMAN AWAL CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Berikut ialah makluman tentang cuti Hari Raya Aidilfitri bagi SKPP 11(2). Sekolah akan mula bercuti pada 13 Julai 2013 sehingga 21 Julai 2015. Harap maklum.


Waktu Persekolahan Baharu

Makluman kepada semua ibu bapa waktu persekolahan baharu yang berkuatkuasa 22 Jun 2015 telah dipinda ke jam 7.20 pagi, murid-murid perlu berada di sekolah sebelum 7.20 pagi kerana perhimpunan akan bermula pada jam 7.20 dan waktu pengajaran dan pembelajaran bermula jam 7.30. Manakala waktu balik mengikut tetapan di bawah :


Wednesday 17 June 2015

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 2015


SAMBUTAN HARI GURU SKPP 11(2) 2015

Pada 16 Jun 2015, Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Puan Rohana binti Abd Manaf . Sambutan pada kali ini bertemakan " kalau aku bukan guru". Pelbagai acara telah diadakan sempena sambutan ini antaranya ialah persembahan guru, persembahan murid, nyanyian lagu Hari Guru dan pertandingan futsal serta bola jaring. Syabas dan tahniah kepada penganjur program kerana telah menjayakan sambutan pada kali ini.

Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKPP 11(2)
Pemenang Kategori Pakaian Mengikut Tema

Guru Memakai Pakaian Mengikut Kerjaya Masing-Masing

Persembahan Guru

Bacaan Ikrar Hari Guru


Acara Pertukaran Hadiah antara Guru


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...