Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Tuesday 25 April 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 8 TAHUN 2017 SKPP 11(2)

Pada 23 April 2017 bertempat di Stadium MMU Cyberjaya telah berlansung Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 8 Tahun 2017. Pada kejohanan kali ini beberapa bakat baharu dapat dicungkil serta penglibatan yang memberangsangkan daripada para penjaga dan ibu bapa dalam menjayakan kejohanan ini. Majlis perasmian kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Naib Yang Di-Pertua PIBG SKPP 11(2) En Mohd Siddiq. Johan Keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Tok Janggut manakala Johan Perbarisan diungguli oleh Rumah Mat Kilau dan Johan Kategori Trek & Padang Rumah Dol Said. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Perarakan Masuk Kontijen Kojohanan

Gimik Pelancaran Sukan oleh NYDP PIBG

Tabik Hormat Kontijen Perbarisan

Olahragawan 2017

Sukaneka Prasekolah

Johan Kategori Perbarisan

Kuartet 4x200 meter

Pecutan Terakhir Peserta 100 meter

Johan Keseluruhan

Johan Kategori Trek & Padang

Saturday 15 April 2017

PROGRAM KIDZANIA BERSAMA PANASONIC

Pada 15 April 2017 seramai 36 orang murid bersama 4 guru pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kidzania dengan kolaborasi Panasonic. Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang dunia pekerjaan yang boleh mereka ceburi apabila dewasa nanti. Program ini julung kali diadakan dengan kolaborasi pihak Panasonic. 

Murid-Murid SKPP 11(2)

Bersama Wakil Panasonic Malaysia

Murid Mencuba AKtiviti Yang Disediakan

Murid Mengumpul Gaji Daripada Setiap Tugasan Yang Dijalankan

Penyampai Radio Hot FM

CSI

Murid Bersama Guru dan Wakil Panasonic

SKPP 11(2) JOHAN KESELURUHAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN PUTRAJAYA

Pada 13 April 2-17  SKPP11(2) menempa kejayaan lagi dalam MTQ Peringkat Putrajaya.. Tahniah dan syabas diucapkan kpd para pemenang dan guru2 Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab  yang sentiasa bekerja keras dalam mengharumkan nama sekolah.

Johan hafazan lelaki
Naib johan cerita perempuan
Naib johan cerita lelaki
Ketiga tilawah lelaki

Johan Keseluruhan

Guru Besar Menerima Piala Johan Keseluruhan

Pasukan MTQ SKPP 11(2)

Jurulatih Besama Pentadbir dan Peserta MTQ

Tuesday 11 April 2017

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA SKPP 11(2) BERJAYA MERANGKUL JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSWPP 2017

Tahniah kepada pasukan olahraga SKPP 11(2) apabila berjaya merangkul johan keseluruahan Kejohanan Olahraga MSSWPP 2017. Syabas diucapkan kepada jurulatih olahraga SKPP 11(2) iaitu En Mohd Khairi dan Puan Umrah atas kejayaan ini. 

Pasukan Olahraga SKPP 11(2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...