Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Saturday 24 October 2015

KARNIVAL KOKURIKULUM SKPP 11(2) 2015

Bersempena Karnival Kokurkulum yang akan diadakan pada 14 November 2015 bersamaan hari Sabtu. Kami menjemput seluruh warga SKPP 11(2) dan orang ramai mengunjungi karnival ini. Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan...Jangan lepaskan peluang ini


Friday 23 October 2015

MAKLUMAN PENUNDAAN TARIKH PENTAKSIRAN SUMATIF 2

Berikut ialah jadual bagi Pentaksiran Sumatif 2 :

Surat Makluman Penangguhan Pentaksiran Sumatif 2
Jadual untuk Tahun 1, 2 dan 3
Jadual untuk Tahun 4 dan 5

Jadual untuk Tahun 6



Wednesday 21 October 2015

PERUBAHAN TARIKH KARNIVAL KOKURIKULUM SKPP 11(2) 2015

Perhatian kepada semua warga SKPP 11(2) dan para penjaga murid SKPP 11(2) disebabkan beberapa faktor Karnival Kokurikulum yang dirancang untuk diadakan pada Sabtu 24 Oktober 2015 terpaksa ditunda ke tarikh baru iaitu pada 14 November 2015 (Sabtu). Antara faktor penundaan tarikh ini ialah :
  1. Cuaca jerebu yang tidak menentu.
  2. Promosi tidak dapat dijalankan kerana sekolah ditutup akibat jerebu.
  3. Wristband yang masih belum terjual.
  4. Ramai peniaga menarik diri saat akhir akibat cuaca jerebu.
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur memohon maaf atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Terima Kasih..

Tuesday 20 October 2015

MAKLUMAN PENANGUHAN TARIKH PENTAKSIRAN SUMATIF 2

Disebabkan masalah jerubu cuti yang berterusan sehingga esok 21 Oktober 2015 (Rabu) jadual Pentaksiran Sumatif 2 akan diubah ke minggu hadapan iaitu pada minggu 26 Oktober 2015 bagi memudahkan murid-murid membuat persiapan setelah jadual sebenar diubah. Sebarang makluman tentang mata pelajaran dan tarikh peperiksaan akan dimaklumkan. Harap Maklum

Monday 19 October 2015

RALAT JADUAL PEPERIKSAAN AKIBAT CUTI JEREBU

Berikut ialah Jadual Waktu Peperiksaan Sumatif 2 2015 yang dipinda berikutan cuti jerubu :

Surat Maklumam Ralat Jadual Waktu Peperiksaan
Jadual Peperiksaan Tahun 6


Jadual Peperiksaan Tahun 4 dan 5

Jadual Peperiksaan Tahun 1,2 dan 3


Wednesday 14 October 2015

KARNIVAL KOKOKURIKULUM SKPP 11(2) 2015

Jom datang beramai-ramai ke karnival kokurikulum sk putrajaya presint 11(2) anjuran bersama PIBG SK Putrajaya Presint 11(2). Dijemput semua murid2, ibu bapa,rakan taulan, sahabat, komuniti Presint 11 dan sesiapa sahaja datang ke karnival kami 24 hb Okt 2015(sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang....



Sunday 11 October 2015

KEM KEPIMPINAN, PEMANTAPAN SAHSIAH & KETRAMPILAN PEMIMPIN MUDA 2015

Pada 9 hingg 10 Oktober 2015 SKPP 11(2) telah mengadakan program Kem Kepimpinan, Pematapan Sahsiah & Ketrampilan Pemimpin Muda Sekolah 2015 di Taman Wetland Putrajaya. Seramai 48 orang murid telah menyertai aktiviti yang dijalankan selama 2 hari 1 malam. Objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan sahsiah dan sikap kepimpinan dalam kalangan pemimpin muda sekolah. Para peserta terdiri daripada pengawas sekolah dari tahun 3 hingga tahun 5. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, LDK, aktiviti riadah dan aktiviti kerjasama sepasukan. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Aktiviti Team Building

Guru Besar Melawat Peserta Kem

Aktiviti Kraf Khemah

Aktiviti Kerohanian

Pelancara Majlis Penutupan Oleh Guru Besar SKPP 11(2)

Peserta Kem Bersama Guru-Guru yang Terlibat
 

Tuesday 6 October 2015

PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA & LAWATAN PENANDA ARAS DI BESUT

Pada 2 hingga 4 Oktober 2015 yang lalu warga SKPP 11(2) telah mengikuti Program Transformasi Negara di Biro Tatanegara Besut dan Program Penanda Aras di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Tengku Mahmud Besut Terengganu. Seramai 41 orang guru telah terlibat dengan program ini.

Program Transformasi Negara


Guru-Guru Lelaki Bersedia untuk Senaman Pagi

Guru-Guru Perempuan yang Menghadiri Program Ini
 
Lawatan Penanda Aras di SK Tengku Mahmud (SBT)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...