Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

PROFIL



MAKLUMAT SEKOLAH
No Lot : PT 7009, Presint 11

Nama Sekolah : SK. Putrajaya Presint 11 (2)

Kod Sekolah : WBA2010

Alamat : No 1, Jalan P11C, Presint 11, 62300 Putrajaya

Tarikh Beroperasi : 2 Jun 2008

Gred Sekolah : A


Status Sekolah : Beroperasi Tanpa Murid (beroperasi sepenuhnya pada 2009)

Bil Optimum Murid : 1750 orang

No Telefon: 603-88903457/3458/3459 / No Fax: 603-88903460

Hak Milik : Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Pelajaran Malaysia

Luas Kawasan : 15.50 ekar (6.27 hektar)

Luas kawasan lapang : 0.36 ekar (0.15 hektar)





SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH SKPP 11(2)

SK Putrajaya Presint 11 (2) ditubuhkan pada 2 Jun 2008. Pada mulanya hanya terdapat lapan orang guru dan staf sokongan yang ditempatkan iaitu seorang Guru Besar, seorang GPK akademik, seorang GPK HEM, GPK Kokurikulum, seorang Guru Media dan tiga orang PPM. 
 Dari mula ditubuhkan sehingga hujung bulan Disember 2008, sekolah ini tiada murid. Pada awal tahun 2009, sekolah ini mula menerima murid dari tahun 1 hingga 2 yang seramai 20 orang ketika itu. Bilangan guru pula hanya 16 orang sahaja pada ketika itu. 
 Pertambahan murid yang mendadak ialah sesi persekolahan 2010, yang mana jumlah muridnya meningkat kepada 228 orang dan gurunya pula seramai 25 orang. Kini bagi sesi 2015, SKPP 11(2) terus maju dan mempunyai seramai 925 orang murid daripada tahun 1 hingga tahun 6 manakala 75 orang murid prasekolah dan 58 orang guru di bawah pimpinan Guru Besar Puan Rohana Binti Abd Manaf. 
Sekolah ini telah mencatatkan kejayaan menerima anugerah 'New Deal' bagi tahun 2011 dan 2013 di atas usaha keras warga SKPP 11(2) dan pada tahun 2015 SKPP 11(2) telah dicalonkan untuk menerima New Deal untuk tahun 2014 serta pencalonan verifikasi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI 
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...