Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Friday 31 July 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKPP 11(2) 2015


Pada 30 Julai 2015 SKPP 11(2) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dengan kerjasama PIBG SKPP 11(2). Pada majlis ini SKPP 11(2) telah meyampaikan sumbangan kepada wakil rumah anak yatim sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan dan berkongsi kegembiraan sempena Aidilfitri. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SKPP 11(2) dan PIBG kerana menjayakan majlis ini.

YDP PIBG MEMERIAHKAN MAJLIS
MURID-MURID TIDAK SABAR MENANTI JUADAH DISEDIAKAN
 
GURU-GURU CERIA BERBAJU RAYA BAHARU

Friday 24 July 2015

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Sistem pendidikan Malaysia melalui satu proses   transformasi ke arah satu ciri sistem pendidikan yang bertaraf dunia serta dapat membangunkan modal insan kelas pertama yang mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi. Bagi mencapai hasrat tersebut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 telah diperkenalkan yang mempunyai 3 gelombang utama dalam tempoh perlaksanaan serta 11 anjakan dan 2 aspirasi.


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
3 GELOMBANG UTAMA

11 ANJAKAN PPPM 2013-2015
ASPIRASI SISTEM

ASPIRASI MURID

INISIATIF UTAMA PPPM 2013-2015

Berikut disenaraikan 17 inisiatif utama beserta 8 inisiatif tambahan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 untuk perkongsian kita bersama.
 
17 INISIATIF UTAMA
 
    1. Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
    2. Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
    3. Peningkatan kemahiran guru dalam (Trends in International Mathematics and Science Study)TIMMS  dan  PISA (The Programme for International Student Assessment Tests).
    4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
    5. Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
    6. Piagam Guru (Teacher Charter) termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
    7. Pelaksanaan pelan induk Continuing Professional Development (CPD) baharu
    8. Piagam Pemimpin Sekolah (Principal Charter) termasuk National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
    9. Program Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP+ dan SISC+) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
    10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
    11. Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra untuk murid berkeperluan khas
    12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
    13. Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
    14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
    15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
    16. Pengukuhan kurikulum Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
    17. Perombakan dan penjenamaan semula Program RIMUP


8 INISIATIF TAMBAHAN

    1. Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
    2. Pelaksanaan HOTS (High Order Thinking Skills) dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
    3. Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
    4. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
    5. Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
    6. Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
    7. Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
    8. Naik taraf infrastruktur asas bagi memenuhi standard (cth : elektrik, air, bilik darjah, tandas)

Wednesday 22 July 2015

PROGRAM SEPANJANG RAMADAHAN 2015

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, SKPP 11(2) telah mengadakan beberapa program bagi memeriahkan suasana Ramadhan dan kedatangan bulan Syawal. Antara program yang telah diadakan ialah Majlis Khatam Al-Quran guru bersama murid SKPP 11 (2) serta pengagihan duit raya kepada semua murid oleh guru-guru dan AJK PIBG pada 10 Julai 2015, Majlis Iftar iaitu berbuka puasa yang melibatkan seluruh warga SKPP 11(2), PIBG dan ibu bapa pada 9 Julai 2015. Tahniah dah syabas diucapkan kepada Panitia Agama Islam, AJK PIBG dan Pentadbir serta warga SKPP 11(2) kerana berjaya melaksanakan program sepanjang bulan Ramadhan dengan jayanya.

Majlis Khatam Al-Quran Murid

Majlis Khatam Al-Quran Guru

Suasana Iftar yang Mendapat Sambutan yang Luar Biasa daripada Ibu Bapa

Pemberian Duit Raya oleh Guru Besar dan AJK PIBG

Sesi Pemberian Duit Raya oleh Semua Guru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...