Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Monday 29 December 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

29 December 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Makluman Penangguhan Waktu Persekolahan sesi 2015

Tarikh mula persekolahan  akan bermula pada 12 Januari 2015 seperti yang telah diarahkan oleh Menteri Pendidikan berikutan banjir. Walaubagaimanapun pendaftaran Murid Tahun 1 dan Prasekolah berjalan seperti ketetapan berikut :
 
                                              Tarikh : 2 Januari 2015
                                              Masa   :  8.00 pagi sehingga 12 tengah hari.
                                              Tempat : Dewan Terbuka
                                              Pakaian : Pakaian Rasmi Uniform Sekolah

Harap Maklum

Monday 22 December 2014

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2015

Sesi pendaftaran bagi sesi persekolahan 2015 bagi pelajar baharu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) akan diadakan bagi ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Januari 2015 (Jumaat)
Masa   : 8.00 Pagi hingga 12 Tengah Hari
Tempat : Dewan Terbuka SKPP 11(2)

Sila pastikan para ibu bapa dan penjaga membawa segala dokumen yang berkaitan untuk memudahkan proses pendaftaran. Sekian Terima Kasih


Thursday 18 December 2014

MAKLUMAN PEMBUKAAN KEDAI BUKU SKPP 11(2)

Kepada para ibu bapa boleh berurusan dengan kedai buku SKPP 11(2) bermula pada 18 Disember 2014 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang untuk urusan pembelian buku dan peralatan sekolah untuk sesi Januari 2015. Bagi memudahkan para ibu bapa kedai buku ini juga dibuka sepnajang hari Isnin hingga Jumaat. Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...