Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Friday 27 February 2015

PROGRAM JOM MINUM AIR

Perubahan cuaca yang berlaku sejak kebelakangan ini dan kedatangan fenomena ekuinoks telah menyebabkan cuaca panas yang luar biasa. Atas keprihatinan ini pihak sekolah telah melancarkan "Program Jom Minum Air" bagi menggalakkan murid-murid untuk minum air kosong lebih kerap dan banyak daripada biasa iaitu 8 gelas sehari. Jika sebelum ini kita digalakkan meminum 2 liter air sehari sekarang setiap murid digalakkan untuk meminum 3 liter sehari. Disamping untuk mengelakkan masalah sakit tekak, demam, selesema dan batuk dengan meminum lebih air dapat mengekalkan kesegaran badan serta membantu otak manusia untuk menerima ilmu dengan muda. Justeru, diharap para ibu bapa dapat membekalkan murid ke sekolah dengan air kosong dari rumah untuk diminum sepanjang waktu di sekolah terutamnya semasa cuaca panas. Keprihatinan daripada ibu bapa sangat diharapkan agar semua murid berada dalam keadaan sihat dan cergas bagi memudahkan proses pembelajaran yang berkesan berjalan.

Barisan Pentadbir dan YDP PIBG melancarkan gimik perasmian "Kampen Jom Minum Air"

Ceramah Kesihatan oleh DR Saiful Zalizan

Murid-murid meminum air yang di bawa dari rumah

Murid begitu teruja dengan kampen ini


Tuesday 24 February 2015

TARIKH PERLAKSANAAN UJIAN BULANAN SATU 2015


Berikut ialah maklumat tentang perlaksanaan Ujian Bulanan Satu bagi tahun 2015. Diharap kepada semua murid dan para penjaga dapat membuat persediaan serta mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kelancaran ujian ini.
Jadual waktu bagi tahun 1,2 dan 3

Jadual waktu bagi tahun 4,5 dan 6

Monday 23 February 2015

PERTANDINGAN REKACIPTA LOGO PIBG SKPP 11(2)

PIBG SKPP 11(2)  akan mengadakan pertandingan rekacipta logo PIBG SKPP 11(2). Semua warga SKPP 11(2) dan para penjaga digalakkan untuk menyertai pertandingan ini sebagai tanda sokongan dan keprihatinan serta sokongan anda kepada PIBG SKPP 11(2). Jangan Lepaskan peluang ini kerana hadiah menarik telah disediakan kepada para pemenang. Berikut ialah syarat-syarat pertandingan :
  1. Terbuka kepada semua warga SKPP 11(2) termasuk ibu bapa/ penjaga.
  2. Setiap logo yang dicipta haruslah menepati tema sekolah.
  3. Penggunaan warna adalah bebas.
  4. Setiap penyertaan harus dihantar dalam saiz A4.
  5. Tarikh tutup penyertaan : 13 Mac 2015.
  6. Hadiah menarik menanti anak anda.

Poster Pertandingan

Tuesday 17 February 2015

PROGRAM LAMBAIAN KASIH

Sempena Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi menggalakkan para ibu bapa menghantar anak mereka awal ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Program ini bermula 17 Febuari 2015 sehingga 27 Febuari 2015. Tahniah diucapkan kepada penjaga yang berjaya menghantar anak mereka seawal jam 7.00 pagi, tetapi masih terdapat segelintir para penjaga yang memberhentikan kereta serta menurunkan anak mereka betul-betul di tangga tempat menunggu yang disediakan. Diharapkan para penjaga dapat menurunkan anak mereka di kawasan drop zone yang telah disediakan bagi mengelakkan kesesakan berlaku. Keprihatian anda amatlah dihargai bagi memudahkan dan mempercepatkan pergerakan trafik di kawasan menurunkan murid.





Monday 16 February 2015

Makluman Cuti Tahun Baru Cina

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) akan bercuti sempena Tahun Baharu Cina mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 19-20 Febuari 2015
Hari    : Khamis - Jumaat
Tarikh Mula Bersekolah : 23 Febuari 2015 (Isnin)

Sehubungan dengan itu, para penjaga diharap dapat mengambil tindakan atas makluman yang telah dihebahkan. Terima Kasih

Kempen Lambaian Rindu

Kempen" Lambaian rindu" jom datang awal ke ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi, Sebagai tanda sokongan...ibubapa yang hantar anak ke sekolah seawal jam 7.00 pg...mohon tandatangan di banner ini sebagai tanda sokongan. Pihak sekolah bersama AJK PIBG SK Putrajaya Presint Sebelas (2) akan bersama-sama seawal jam 7.00 pagi bagi menjayakan kempen ini. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan kehadiran murid datang awal ke sekolah bagi memudahkan guru2 menyampaikan informasi terkini kepada semua murid dan sesi pembelajaran boleh dimulakan tepat jam 7.40 pagi....MURID BERSEDIA...GURU PUN SAYANG...
Program ini adalah anjuran bersama UNIT HEM DAN PIBG SKPP11(2)

Turunkan tandatangan anda tanda keprihatinan penjaga menghantar anak awal ke sekolah

Friday 13 February 2015

KEJAYAAN MENGANJURKAN KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 6/2015

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana SKPP 11(2) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Kali ke 6 bagi tahun 2015. Hampir 500 murid bersama ibu bapa telah hadir dan menyertai kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Guru Besar Pn Rohana Binti Abd Manaf, GPK Kokurikulum Pn Norihan Binti Ismail dan Setiausaha Sukan En Mohd Khairi Bin Ariffin kerana berjaya merancang dan melaksanakan program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada En Mohd Rashidi Bin Sabri selaku YDP PIBG serta barisan AJK PIBG yang banyak membantu serta memberikan bantuan dalam menjalankan program ini. Selain itu, kerjasama daripada seluruh warga SKPP 11(2) dan para ibu bapa juga melancarkan lagi kejohanan ini.  Diharap pada masa akan datang SKPP 11(2) berjaya menganjurkan kejohanan seperti ini.


Acara Senamrobik sebagai acara pemanas badan.


Taklimat Pelepasan oleh Setiusaha Sukan Merangkap Pengurus Program
Murid Acara Langkah Ceria Bersama Penjaga dilepaskan

Acara Merentas Desa di Taman Saujana Hijau

Pemenang Kategori Langkah Ceria

Murid Menerima Hadiah








KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS

Pada 12 Febuari 2014 yang lalu, Unit Bimbingan Kauseling dan Badan Pengawas serta kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan satu Kursus Kepimpinan yang mengabungkan Pengwas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas sesi 2015. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam diri murid-murid yang terpilih. Selain itu, kursus ini juga dapat memberi panduan kepada mereka untuk menjalankan serta melaksanakan tugas dengan berkesan.



Thursday 12 February 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 6/2015

SK Putrajaya Presint 11(2) akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah mengikut ketetapan berikut :

       Tarikh   : 14 Febuari 2015 (Sabtu)
       Masa     : 7.30 hingga 11.00 Pagi
      Tempat Permulaan : Padang SKPP 11(2)

Kategori Larian:
1) Merentas Desa tahap 2 (tahun 4 hingga 6).
2) Langkah Ceria tahap 1 ( tahun 1-3 dan penyertaan adalah wajib
bersama ibu/bapa/ penjaga).
3) Terbuka untuk semua ibu/bapa/penjaga murid SKPP 11(2).
4) Trek perlumbaan bermula di SKPP 11(2) ke Padang Saujana  
    Hijau dan kembali semula ke SKPP 11(2).

Para penjaga dan ibu bapa dijemput untuk memeriahkan lagi program ini serta dapat beriadah bersama murid-murid dan warga sekolah SKPP 11(2).
 
BANNER KEJOHANAN
 

Tuesday 10 February 2015

Pada tahun ini Program Motivasi Murid Enam Bersama Pak Anjang telah dijalankan pada 10 Febuari 2015. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan motivasi dan semangat kepada bakal-bakal calon UPSR 2015 supaya dapat mencapai kemerlangan yang membanggakan untuk tahun ini seterusnya mengulangi pencapian terbaik SKPP 11(2) pada tahun lepas apabila berjaya menduduki rangking ke 3 terbaik keseluruhan dalam Putrajaya bagi peperiksaan UPSR

Ceramah yang menyentuh hati anak-anak kecil

Tiada kata yang dapat mengambarkan keinsafan di raut wajah anak-anak ini

YDP PIBG bersama Guru Besar turut memberikan sokongan kepada anak-anak tahun enam.



Semangat dan motivasi baharu dalam menghadapi peperiksaan UPSR akan datang.






Monday 9 February 2015

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 & LADAP GURU

Satu program motivasi akan diadakan bagi murid tahun 6 bersama coach Pak Anjang bermula jam 10.45 pagi sehingga 1.35 petang. Bagi Ladap guru akan bermula jam 2.00 petang.

PELANCARAN PROGRAM PENYAYANG DAN DWEN

Sempena mennyahut seruan Kementerian Pendidikan, SKPP 11(2) telah melancarkan Program Penyang dan Dwen iaitu menghargai warga emas. Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pn Rohana Binti Abd Manaf Guru Besar SKPP 11(2). Berikut ialah antara aktiviti yang dijalankan sempena pelancaran program ini :

Majlis Pelancaran Program Penyayang dan Dwen

Pengisian Program Sambutan Hari Lahir Guru dan Murid untuk Bulan Januari dan Febuari

Kek Sempena Pelancaran Program dan Sambutan Hari Lahir

Guru Besar Memberikan Ucapan Sempena Pelancaran Program

Murid Mendengar Ucapan Yang disampaikan oleh Guru Besar

Pn Norlelawati Menerangkan Aktiviti Sepnjang Program Berlansung

Thursday 5 February 2015

MAJLIS PELANCARAN BLOG SEKOLAH SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 7






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWMNL4DxUx7tDc5nFg1q2DgOYR24xkN1_dIAWA1nmIK8uHkLIswbGylMilehJQcbt-F1V7j3eqSqknMWMajMSc_DgXCtPRoc64pclRhIK1GiPzlMVLSNQHjSRiNbZDVqeCePfWuEeY5SRe/s1600/Flowers-For-My-Fairy-Sister-yorkshire_rose-34236139-439-500.gif




Sejambak Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Nordin Bin Hassan  Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Putrajaya (Biro Pendidikan Putrajaya) di atas kesudian beliau untuk melancarkan gimik perasmian blog Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2). Semoga dengan kewujudan blog ini para ibu bapa dan penjaga dapat berkongsi informasi terkini dengan warga sekolah tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...