Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Wednesday 30 September 2015

MAKLUMAN PEPERIKSAAN UPSRA 2015

Perhatian kepada semua calon UPSRA SK Putrajaya Presint 11(2) akan menduduki peperiksaan di sk putrajaya presint 11(1) bermula 1-8 okt 2015. Berikut ialah jadual peperiksaan UPSRA :

Jadual Peperiksaan UPSRA

 
 
 

Monday 14 September 2015

PENUTUPAN SEMENTARA SEKOLAH AKIBAT JERUBU

BAGI MAKLUMAN IBU BAPA ESOK 15 SEPTEMBER 2015 (SELASA) SEKOLAH DITUTUP SEMENTARA AKIBAT MASALAH CUACA JERUBU YANG SEMAKIN TERUK DI SEMUA SEKOLAH PUTRAJAYA. 

SUMBER : KPPM

Friday 11 September 2015

PENANGGUHAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 6/2015

Dimaklumkan setelah mengambil kira faktor cuaca dan kesihatan murid-murid dan petugas kejohanan akibat masalah jerubu. Maka pihak sekolah memutuskan Kejohanan Padang & Balapan yang dijadualkan pada 12 Septermber 2015 (Sabtu) DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan ditetapkan semula. Pihak sekolah memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Wednesday 9 September 2015

PENGESAHAN PENEMPATAN PRASEKOLAH SESI 2016



PEMOHONAN BERJAYA


1.  Sila dapatkan surat pengesahan penempatan prasekolah di Bilik Operasi Prasekolah bermula 9 - 18 September 2015.

2.  Sila bawa bersama anak tuan/puan untuk proses ukuran baju uniform dan baju sukan.




PEMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA


1.  Sila dapatkan SEGERA surat pengesahan tidak berjaya di Bilik Operasi      Prasekolah dari 9 - 18 September 2015.

2.  Untuk tujuan RAYUAN - Sila bawa surat dan dokumen yang  diperlukan ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan   Putrajaya, Presint 16  untuk mengisi borang rayuan.

3.  Tarikh tutup rayuan adalah pada 18 September 2015.

Tuesday 8 September 2015

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 6/2015

SKPP 11(2) akan mengadakan Kejohanan Balapan & Padang seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 12 September 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 - 1.00 Petang
Tempat : Stadium MMU Cyberjaya

Justeru, semua dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan ini. Disamping aksi-aksi memukau atlet-atlet SKPP 11(2) terdapat juga jualan di gerai-gerai yang disediakan.


Friday 4 September 2015

PEMBUKAAN GERAI JUALAN SEMPENA KEJOHANAN PADANG & BALAPAN SKPP 11(2)

Sempena Kejohanan Padang & Balapan SKPP 11(2) yang akan diadakan di Stadium Universiti Multimedia Cyberjaya pada 12 September 2015 bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari, gerai jualan akan dibuka bagi memeriahkan kejohanan serta memudahkan penonton untuk menikmati kepelbagaian gerai yang disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang disediakan di gerai tersebut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...