Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Tuesday 28 February 2017

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9

Dijemput semua ibu bapa murid di putrajaya SKPP 11(2) untuk hadir ke MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9 SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)...Sokongan ibu bapa amat dihargai demi anak-anak sekolah ini.



MAKLUMAN TARIKH PENTING UJIAN DAN PENTAKSIRAN SUMATIF 2017

Berikut ialah tarikh penting bagi Ujian dan Pentaksiran Sumatif 2017

Surat Makluman

PERMOHONAN KE PRASEKOLAH SESI 2018

Permohonan ke prasekolah SKPP 11(2) akan mula dibuka pada  01 mac- 30 April 2017 di laman sesawang berikut https://eprasekolah.moe.gov.my


Monday 20 February 2017

PINGAT PERAK KEJOHANAN LAWAN PEDANG ANTARABANGSA DI BELGIUM

TAHNIAH kepada Mohd Damian dari kelas 6 Razak dan juga keluarganya atas kejayaan memperolehi Silver Medal dalam Kejohanan Lawan Pedang Peringkat Antarabangsa di Belgium....TAHNIAH DAN SYABAS DARI WARGA SKPP 11(2).




Saturday 11 February 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2017

Pada 11/2/2017 telah diadakan Program Gotong Royong Perdana SKPP 11(2) bersama PIBG SKPP 11(2). Program ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi menceriakan kawasan sekolah serta sebagai sarana ibu bapa. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKPP 11(2) dan ibu bapa yang hadir membantu program ini.

Membersihkan Kawasan DAtaran Prasekolah

Bomba Membantu Gotong-Royong Perdana

Ibu Bapa Membaiki Pagar Sekolah

Gotong-Royong Kantin Sekolah

Thursday 9 February 2017

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 9

 PIBG SKPP 11(2)  akan mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ke 9 mengikut ketetapan berikut :
                           
                             Tarikh : 4 Mac 2017 (Sabtu)
                             Masa : 8.30 Pagi
                             Tempat : Dewan Ibnu Bathuta

Sehubungan dengan itu bebrapa perkara perlu diberi perhatian antaranya ialah :

1. Surat makluman Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 9 beserta borang usul telah diedarkan kepada murid-murid Tahap 2 pada 7 Feb 2017 (Selasa) dan kepada murid Tahap 1 pada 8 Feb 2017 (Rabu).

2. Satu keluarga, satu surat beserta borang usul dan hanya diserahkan kepada anak yang paling besar bersekolah di SKPP 11(2).

3. Tarikh akhir penyerahan kembali borang usul adalah pada 15 Feb 2017 (Rabu).

*Sebarang surat @ borang berkaitan yang diserahkan sama ada oleh ibubapa @ guru selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
Harap maklum.






Terima kasih atas kerjasama.


Surat Makluman & Usul

GOTONG ROYONG PERDANA SKPP 11(2)

Makluman gotong royong perdana SKPP 11(2). Semua ibubapa dan penjaga murid sk Putrajaya presint 11(2) dijemput hadir beramai-ramai untuk menceriakan dan membersihkan kawasan persekitaran sekolah anak tuan/puan....surat edaran telah diagihkan kepada semua murid. Program akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
                            
                                     Tarikh: 11 Feb 2017
                                      Hari: Sabtu
                                      Masa:7.30 pagi-12.30 tengah hari

Surat Edaran

Wednesday 8 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 8 SKPP 11(2)

Pada 8 Februari 2017 yang lalu telah diadakan Kejohanan Merentas Desa kali ke 8 yang dijalankan di Taman Saujana Hijau. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk memenuhi takwim persekolahan serta mencugkin bakat atlet-atlet cilik sekolah bagi mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa MSSWP Putrajaya. Disamping itu, aktiviti ini dapat membudayakan cara hidup sihat dalam kalangan murid-murid serta membudayakan budaya sukan dalam kalagan warga SKPP 11(2). Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya.

Murid Tiba Di Garisan Penamat

Semangat Tidak Menyerah Kalah

Johan Kategori Tahun 6 Lelaki

Warna-Warni Peserta yang Mengambil Bahagian

Kehadiran Guru Besar Baharu SKPP 11(2)

Pada 6 Februari 2017 SKPP 11(2) teleh menerima kehadiran Guru Besar baharu iaitu Pn Hajah Nor Aizah Binti Ismail bagi mengantikan Guru Besar lama yang berpindah ke sekolah baharu. Beliau merupakan seorang pegawai yang pernah berkhidmat di Bahagian Pengembangan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami warga SKPP 11(2) mengucapkan selamat datang dan Selamat bertugas kepada Pn Hjh Nor Aziah Binti Ismail atas lantikan ini. 

Guru Besar SKPP 11(2)

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SESI 2017

Pada 3.2.2017 telah dijalankan Majlis Perlantikan Watikah bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya serta Ketua dan Penolong Kelas bagi sesi 2017. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Polos angkat SKPP 11(2) Inspektor Sasuliza dari IPD Putrajaya. Tahniah diucapkan kepada pemimpin cilik SKPP 11(2) atas perlantikan tersebut dan diharap dapat menjalankan tugas dengan baik.

Pegawai Polis Angkat SKPP 11(2)

Lafaz Ikrar Perlantikan

Penyempuranaan Watikah

Pegawai Angkat JPN Putrajaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...