Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

PIBG

PIBG SKPP 11(2)

E-mail : pibgskpp1102@gmail.com




YDP PIBG 
Encik Amiruddin Bin Musa
0126101666
amirjpm@gmail.com




PROJEK-PROJEK PIBG
Antara beberapa projek PIBG yang telah berjalan...memasang lampu jalan terutama di perhentian bas SK Putrajaya Presint 11(2)

PIBG juga telah berjaya mendapatkan kelulusan dan peruntukan untuk membina Dataran Berbumbung yang melibatkan kos sebanyak RM 200,000 dan kelulusan membina 'Road Hump'  di hadapan jalan SK Putrajaya Presint 11(2).




Kerja-kerja membina bonggol atau Road Hump di hadapan SK Putrajaya Presint 11(2) yang hampir siap.



Pembinaan Dataran Berbumbung dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Jun 2015




 
Pemasangan Flexible Guide Post bagi mengelakkan kenderaan membuat U-turn ditempat yang tidak sepatutnya.


Sumbangan PIBG 2015

Alhamdulillah PIBG SKPP 11(2) sekali lagi memberi sumbangan untuk menaik taraf surau SKPP 11(2) dan laluan tangga di susur gajah tempat menurunkan murid. Terima kasih dan sakalung penghargaan kepada Yang Dipertua PIBG EN Rashidee bin Sabri atas usaha keras beliau mendapatkan dana untuk pembangunan SKPP 11(2). Kami warga SKPP 11(2) merakamkan ucapan terima kasih dan bebesar hati atas sumbangan yang diberikan oleh PIBG SKPP 11(2).

Kerja-kerja naik taraf tangga di laluan drop zon

Kerja naik taraf berjalan mengikut jadual

Kawasan tangga
 
Naik taraf surau sekolah

Jemaah akan menikmati keselesaan


AKTIVITI PIBG

A) KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKPP 11(2)

Bergambar kenangan bersama Datuk Seri Haji Jalani B. Datuk Haji Sidek, lagenda  badminton negara.



Jamuan Makan bersama-sama JK PIBG, Guru Besar dan tetamu VIP


B)   Aktiviti PIBG Bagi Meringankan Beban Mangsa Banjir 2014

Bagi Melaksanakan Tanggungjawab sosial PIBG SKPP 11(2) akan mengadakan kutipan barang-barang untuk meringankan mangsa banjir di Pantai Timur. Kepada sesiapa individu, ibu bapa atau badan koprat yang ingin menyumbangkan sumbangan boleh memberikan sumbangan yang berbentuk barang barang berikut :
  1. Pampers Bayi
  2. Meggi Cup dan Bungkus
  3. Susu
  4. Gula
  5. Beras
  6. Biskut
  7. Teh
  8. Milo
  9. Telekung
  10. sejadah
  11. Susu bayi
  12. Apa-apa sahaja makanan kering yang difikirkan sesuai.
Sumbangan boleh disampaikan berdasarkan maklumat di bawah :
   
                 Tempat : Pejabat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2)
                 Masa    : 8.30 - 4.30 Petang
                 Tarikh   : Rabu 7.1.2014 sehingga Selasa 13.1.2014 (Hanya Waktu Pejabat Sahaja)


C) MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PERLANTIKAN BAHARU AJK PIBG BAGI SESI 2015 
Pada 7  Januari 2015 yang lalu , saya bersama  satu mesyuarat agung PIBG bagi pembubaran jawatankuasa sesi 2014 dan perlantikan jawatankuasa baharu bagi sesi 2015 telah diadakan. Perasmian mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Nordin bin Hassan iaitu Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya. Beberapa usul telah dicadangkan dan dibincangkan semasa mesyuarat  diadakan.

Pada tahun 2015 jawtankuasa masih mengekalkan jawatan Yang di pertua PIBG dan Naib Yang di Pertua PIBG tahun 2014 iaiu En Rashidi bin Hj Sabri bagi jawatan Yang di Pertua PIBG diatas khidmat cemerlang beliau sebagai YDP PIBG 2014. Diharap dengan perlantikan ini AJK PIBG 2015 dapat menyumbangkan tenaga serta membantu pihak sekolah sebagai perantara dengan golongan ibu bapa.

 Ucaptama oleh Dato' Haji Nordin bin Hassan iaitu Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya

 Upacara Penyampaian sijil penghargaan bagi jawatankuasa sesi 2014  

Pembentangan laporan aktiviti sepanjang 2014

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PIBG SKPP 11(2)

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan rekacipta logo PIBG SKPP 11(2). Hadiah menarik menanti logo yang berjaya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...