Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Friday 17 April 2015

TEMPAT KE 4 PASUKAN BOLA SEPAK SKPP 11(2) PIALA TENGKU ADNAN

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SKPP 11(2) kerana berjaya mendapat tempat ke 4 dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Tengku Adnan. Pasukan SKPP 11(2) berjaya layak ke peringkat separuh akhir tetapi nasib tidak menyebelahi setelah terikat 1-1 dan pada penentuan penalti tewas 5-3 dengan SKPP 11(3). Pada penentuan tempat ke 3 dan 4  SKPP 11(2) sekadar menduduki tempat ke 4, walaupun tidak berjaya ke perlawanan akhir tetapi kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain dan jurulatih wajar diberi pujian. Semoga pada masa akan datang pasukan bola sepak SKPP 11(2) berjaya merangkul kejuaraan.

Jurulatih SKPP 11(2) bersama Datuk Rahimi  Bersalaman dengan Pasukan SKPP 11(2)

Pasukan yang Bertanding

Pasukan SKPP 11(2) Mendengar Taklimat daripada Jurulatih

Pasukan Sekolah Bersama Jurulatih serta  Barisan Pentadbir dan Datuk Rahimi
 

PROGRAM JARINAGAN BERSAMA DELEGASI SEKOLAH DAERAH JAWA INDONESIA

Pada 16 April 2015 SKPP 11(2) teleh menerima lawatan daripada sebuah sekolah dari Indonesia untuk melihat sendiri suasana pembelajaran sekolah di Malaysia serta kerjasama serantau dalam bidang pendidikan. Seramai 15 orang murid beserta 2 guru pengiring telah menyertai program ini serta murid tersebut telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman belajar bersama-sama murid SKPP 11(2). Program sebegini juga telah memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pendapat dalam memperkasakan bidang pendidikan antara dua negara. Terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat kerana telah menjayakan program ini.

Barisan Pentadbir Bersama Murid dan Guru Pengiring dari Indonesia

Murid-Murid dari Indonesia Mengikuti Proses Pembelajaran Bersama Murid SKPP 11(2)

Murid 5 Rahman Teruja Menerima Kehadiran Murid-Murid dari Indonesia

Sesi Fotografi Bersama Guru Muzik

Barisan Jawatankuasa Pengelola Program

Sesi Bertukar-Tukar Pandangan antara Barisan Pentadbir Bersama Delegasi Sekolah Daerah Jawa Indonesia



MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PIBG KEPADA GURU KELAS UNTUK KECERIAAN KELAS

Pihak PIBG telah bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM 100 kepada setiap kelas bagi menceriakan dan mencantikkan bilik darjah di SKPP 11(2). Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPP 11(2) Puan Rohana Binti Abd Manaf. Terima Kasih kepada PIBG SKPP 11(2) atas sumbangan yang diberikan.

Guru Besar Menyampaikan Sumbangan Kepada Guru Kelas

Guru Kelas Gembira dengan Sumbangan yang diterima

Terima Kasih Kepada PIBG SKPP 11(2)

Wednesday 8 April 2015

PINDAAN TARIKH GOTONG ROYONG PERDANA KELAS TAHUN 1

Merujuk kepada tarikh untuk diadakan program Gotong Royong Perdana Kelas Tahun 1 iaitu pada 11 April 2015. Pihak sekolah telah menunda ke tarikh yang baru iaitu 18 April 2015 bersamaan hari Sabtu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak sekolah dan PIBG memohon maaf atas penundaan tarikh ini. Diharapkan semua penjaga dapat melapangkan masa untuk turut serta menjayakan program ini demi menceriakan kelas anak-anak anda. 

Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...