Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Wednesday 21 June 2017

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PEMBERIAN SUMBANGAN DUIT RAYA

Pada 21 Jun 2017 bersamaan 26 Ramadhan telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan pemberian sumbangan duit raya kepada semua murid dan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPP 11(2) Pn Hjh Nor Aizah Binti Hj Ismail. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan dalam berkongsi kegembiraan menyambut Syawal yang akan tiba. Tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana berjaya menjalankan program ini dengan jayanya.

UCAPAN PERASMIAN PROGRAM OLEH GURU BESAR SKPP 11(2)

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

PEMBERIAN SUMBANGAN DUIT RAYA

AGIHAN DUIT RAYA OLEH GURU KELAS

KEGEMBIRAAN MURID MENERIMA DUIT RAYA
 

Sunday 11 June 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKPP 11(2) 2017

Pada 12 hingga 13 Mei 2017 yang lepas, SKPP 11(2) telah mengadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkas sekolah yang bertempat di Kolonek Camp Kampung Lonek Negeri Sembilan. Perjalanan dari SKPP 11(2) ke kem tersebut mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit. Pada kali ini pihak sekolah mengetengahkan perkhemahan bercirikan sawah padi dan suasana kampung. Pemilihan kem tersebut berdasarkan pemerhatian dan anugerah yang diperolehi antaranya Homestay Terbaik Peringkat Negeri Sembilan dan Anugerah Desa Lestari. Selain itu, Koperasi Homestay Kampung Lonek juga turut berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan serta sudah biasa menjalankan program homestay sama ada di peringkat Kebangsaan atau peringkat Antarabangsa. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah permainan rakyat, Tarian kebudayaan Negeri Sembilan, Mengoca Ikan. Menanam Padi, Mengemping Padi dan pelbagai lagi. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya.

Malam Kebudayaan

Membina Logo Kumpulan

Ekspedisi Basikal Tua

Barisan Fasilitator

Aktiviti Menanam Padi

LDK

Permainan Boling Kelapa

Permainan Kelereng

Pandu Arah Kompas

Kraf Khemah

Permainan Tarik Upih

Mengoca Ikan

Peserta Program

Hasil Tangkapan Mengoca Ikan

Guru Bersama Murid Bermain Tarik Upih

Minum Petang



Berjalan 10 Ribu Langkah Mengelilingi Kampung


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...