Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Sunday 28 February 2016

TEMPAHAN BAJU SUKAN

Makluman kpd semua Ibu bapa penjaga SK Putrajaya PRESINT 11(2) yang ingin membuat tempahan baju sukan sempena kejohanan sukan sekolah, tempahan telah dibuka. Surat edaran telah diedarkan kepada semua murid pada tahun ini design baju berbeza untuk tahun 1&2, manakala tahun 3,4,5 dan 6 (jersi).
Tahun 3,4,5 & 6

Tahun 3,4,5 & 6

Tahun 1 & 2

Tahun 1 & 2

Borang Tempahan Baju Sukan

PROGRAM SEPANJANG BULAN FEBRUARI

Sepanjang bulan Februari telah dijalankan pelbagai program antaranya ialah Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) peringkat sekolah, Program 5S dan Bengkel Teknik Menjawab KBAT Sains Tahun 6. Tahniah diucapkan kepada penyelaras program dan kepada semua warga SKPP 11(2) yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang program.

Program 5S

Bengkel Menjawab Teknik Sains Tahun 6

Pelancaran Program PPDA

Tuesday 23 February 2016

JADUAL PENTAKSIRAN 1

BERIKUT IALAH JADUAL PENTAKSIRAN 1 UNTUK BULAN MAC 

TAHUN 1,2 & 3

TAHUN 4,5 & 6





Monday 22 February 2016

PROGRAM JALINAN PENDIDIKAN ANTARA SKPP 11(2) BERSAMA UNIVERSITI KYUNGNAM KOREA SELATAN

Pada 22 Feb 2016 SKPP 11(2) telah dikunjugi oleh delegasi pendidikan Universiti Kyungnam Korea Selatan. Delegasi ini terdiri daripada seorang Profesor dalam bidang Pendidikan Jasmani bersama 2 pelajar Pendidikan Jasmani. Program ini merupakan salah satu program jalinan pendidikan antara SKPP 11(2) bersama universiti tersebut. Antara pengisian program ini ialah sesi dialog dalam pengajaran Pendidikan Jasmani serta demonstrasi pemasangan taping bagi mengelakkan kecederaan dalam sukan. Banyak input dan maklumat dapat dikongsikan dalam program ini yang berguna untuk diaplikasi kepada seluruh warga SKPP 11(2).

Barisan Guru-Guru SKPP 11(2) Besama Delegasi Pendidikan Korea Selatan

Penyampaian Cenderamata Kepada Wakil Universiti Kyungnam Korea Selatan


Saturday 20 February 2016

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 8

Pada 20 Feb 2016 telah berlansung mesyuarat Agong PIBG kali ke 8 di Dewan Ibnu Batutta SKPP 11(2). Mesyurat ini telah dirasmikan oleh Puan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Puan Hjh Roaini Binti Jaafar. Agenda mesyurat pada kali ini ialah pembubaran jawatankuasa PIBG 2015/2016 serta perlantikan jawatankuasa baharu 2016/2017, dialog usul yang dibawa oleh ibu bapa serta ucapan penangguhan mesyuarat. Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa baharu PIBG 2016/2017 serta terima kasih  kepada jawatankuasa PIBG 2015/2016 atas jasa dan sumbangan yang cemerlang sepanjang menerajui PIBG untuk tahun 2015/2016.

MENANTI KEHADIRAN PENGARAH JPN PUTRAJAYA

BARISAN VIP YANG HADIR

BARISAN JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGONG KALI KE 8/2016

PROGRAM MOTIVASI & CSR TAHUN 6

Pada 18 Feb 2016 seramai 124 murid tahun 6 telah menyertai Program Motivasi & CSR peringkat Putrajaya di Kementerian Wilayah Persekutuan. Program ini turut disertai bebrapa buah sekolah laian antaranya SKPP 11(1), SKPP 11(3) dan SKPP 18(1). Program ini merupakan program anjuran Unit Kaunseling Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama Ahli Parlimen Putrajaya untuk meningkat prestasi murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR akan datang.

AKTIVITI LDK

MURID TAHUN 6

DIRASMIKAN OLEH ISTERI MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

HASIL KERJA MURID SEPANJANG PROGRAM

MAJLIS PERASMIAN
 

Tuesday 16 February 2016

PENGUNAAN APLIKASI SYNC DI TELEFON PINTAR SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAIAN MAKLUMAT KEPADA PARA PENJAGA

PERCUMA SAHAJA UNTUK SEMUA IBU BAPA DAN WARGA SK Putrajaya Presint Sebelasdua.....

Pihak sekolah SKPP112 menggunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru2 serta pelajar disarankan untuk memuat turun 'Sync school messaging app' agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak sekolah SKPP112.
Sila klik link berikut untuk download.
http://edu.sync.my/WBA2010
Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah SKPP112
Harap maklum....

PANDUAN PENGAKTIFAN APLIKASI

Monday 15 February 2016

PENUTUPAN SEMENTARA TANGGA DI LALUAN DROP ZONE

Pihak sekolah telah menutup laluan tangga di drop zone untuk kerja-kerja menaik taraf tangga di laluan pintu pagar kecil (drop zone) untuk tujuan keselamatan murid-murid. Walaubagaimanapun ibu bapa atau penjaga boleh menurunkan murid-murid di laluan drop zone tetapi murid-murid perlu berjalan kaki di laluan bersimen menuju ke pintu pagar utama sekolah. Ibu bapa atau penjaga dilarang untuk memberhentikan kenderaan di pintu pagar utama dan di bahu jalan persimpangan pintu pagar utama sekolah bagi mengelakkan kesesakan dan atas faktor keselamatan. Kerjasama daripada semua ibu bapa dan penjaga SKPP 11(2) amatlah dihargai.

Sunday 14 February 2016

PROGRAM PUSAT SUMBER SEKOLAH BERSAMA PTS GROUP

Program Pusat Sumber Sekolah SKPP 11(2) dengan kerjasama PTS GROUP bermula 16-19 February 2016(Selasa-Jumaat). Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu tersebut, kepada semua warga SKPP 11(2) marilah bersama-sama memeriahkan program ini kerana banyak aktiviti menarik dan hadiah menanti peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Friday 5 February 2016

MESYUARAT AGONG PIBG 2016

SKPP 11(2) akan mengadakan Mesyuarat Agong PIBG pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 20 Februari 2016 (Sabtu)
Tempat : Dewan Ibnu Battuta
Masa : 7.45 - 12.30 tengah hari

Sehubungan dengan itu, penjaga murid-murid dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini bagi melantik jawatankuasa PIBG bagi sesi 2016 dan pembubaran jawatankuasa PIBG 2015 serta pembentangan usul yang dibawa oleh ibu bapa. Sekian Terima Kasih.

MAKLUMAN CUTI TAHUN BAHARU CINA

Makluman kepada semua warga SKPP 11(2), sekolah akan mula bercuti selama seminggu bermula 8 Februari 2016 sehingga 14 Februari 2016. Sekolah akan memulakan sesi persekolahan semula pada 15 Februari 2016. Sekian terima kasih.


PENUTUPAN LALUAN DROP ZONE MULAI 15 FEBRUARI 2016

Laluan Drop Zone akan ditutup sementara waktu bermula 15 Februari 2016 untuk kerja-kerja pembinaan tangga baharu. Sehubungan dengan itu, penjaga boleh menggunakan pintu pagar utama untuk menurunkan anak-anak dan kenderaan penjaga hanya dibenarkan berada di luar kawasan pintu pagar utama sahaja. Mohon kerjasama daripada penjaga untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan kesesakkan serta atas faktor keselamatan warga SKPP 11(2). Harap Maklum.

Surat Telah diedarkan kepada Penjaga

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016

Pada 3 Februari 2016 telah dijalankan Kejohanan Merentas Desa SKPP 11(2). Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan antaranya ialah kategori Lelaki Tahun3,4,5 dan 6 serta kategori Perempuan Tahun 3,4,5 dan 6. Pelepasan pertandingan telah disempurnakan oleh Pn Rohana Binti Abd Manaf Guru Besar SKPP 11(2). Johan keseluruhan telah dirangkul oleh rumah Tok Janggut, tahniah dan syabas kepada pemenang yang berjaya manakala yang kurang berjaya boleh mencuba untuk tahun hadapan.
Taklimat Pelepasan Peserta
Murid Memulakan Larian
Upacara Penyampaian Hadiah


Johan Keseluruhan Rumah Tok Janggut


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...