Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Saturday 23 April 2016

PROGRAM SEMPENA MINGGU KERJAYA ANJURAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Sempene Minggu Kerjaya yang berlansung pada 18-22 April 2015 telah diadakan pelbagai aktiviti dalam usaha memberi pendedahan kepada murid-murid SKPP 11(2) kerjaya yang boleh diceburi apabila mereka meninggal sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Pelancaran Program, ceramah kerjaya dalam bidang kemanusiaan dan pameran oleh Jabatan Bomba & Penyelamat.

Majlis Pelancaran Program

 
Banner Program

Penceramah Islamik Relief
Kerjaya Bidang Kemanusiaan

Pameran oleh Bomba

Demonstrasi Memadam Kebakaran







Saturday 16 April 2016

PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN 6

KEM JATI DIRI MURID TAHUN 6 PERINGKAT SEKOLAH SKPP 11(2) akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 20  April 2016(Rabu)
Masa: 7.30 pg-5.00 petang
Tempat: masjid sultan Mizan@masjid besi Putrajaya

Kehadiran adalah diwajibkan.

PROGRAM KLAUSTER MATEMATIK DI SK JALAN EMPAT & UKM

Pada 16 April 2016 SKPP 11(2) telah menghantar peserta ke pertandingan Kuiz Matematik anjuran SK Jalan Empat Bandar Baharu Bangi serta Bengkel Matematik di UKM. Tahniah kepada guru-guru matematik atas usaha untuk menaikkan nama SKPP 11(2) dalam kebitaraan matematik.

Peserta Kuiz Matematik

Wakil SKPP 11(2)

Wajah Ceria Wakil SKPP 11(2)

Bengkel Matematik di UKM

Murid-Murid dari Sekitar Bangi dan Putrajaya

Tuesday 12 April 2016

PROGRAM KEBITARAAN MATEMATIK DENGAN KERJASAMA UKM

Pada 9 dan 10 April 2016 (Sabtu & Ahad) telah dijalankan program kebitaraan matematik SKPP 11(2) dengan kerjasama UKM. Program ini telah diadakan di Censelori UKM dan telah dihadiri seramai 27 orang murid. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan minat dan keseronokkan dalam pembelajaran matematik selain memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai sendiri pembelajaran di persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Banner Program
Murid-Murid Bersama Fasilitator

Sekitar Aktiviti

Murid Seronok dengan Aktiviti yang dijalankan

Warga SKPP 11(2) Bersama Fasilitator

Sunday 10 April 2016

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN RAGBI

SKPP 11(2) akan membuka Kelab Ragbi bagi mencungkil bakat dan memberi pendedahan awal kepada murid tentang permainan ragbi. Kepada murid yang berminat terutamanya daripada Tahun 3 hingga Tahun 5 boleh berjumpa dengan En Khairul Hafizee untuk mendaftarkan diri.

Program Pembangunan Ragbi

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Pada 5 April 2016 telah dilancarkan Program Membaca 1 Malaysia peringkat SKPP 11(2). Tujun program ini adalah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid-murid SKPP 11(2). Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SKPP 11 (2) Pn Rohana Binti Abd Manaf di Dataran Ibnu Battuta. Semoga dengan pelancaran program ini budaya membaca dapat disuburkan dalam kalangan murid-murid SKPP 11(2).

Bunting Program yang disempurnakan oleh Guru Besar SKPP 11(2)
Gimik Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia
Penyerahan Buku Kepada Guru Besar Simbolik Pelancaran Program
Barisan Pentadbir Meletupkan Popers





Sunday 3 April 2016

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN KALI KE 7/2016

Pada 3 April 2016 bertempat di Stadium Multimedia Cyberjaya telah dijalankan Kejohanan Sukan & Padang Kali Ke 7/2016. Beberapa acara akhir telah dijalankan antaranya ialah acara 100 meter individu, 200 meter individu, 4x100 meter dan 4x200 meter berpasukan. Manakala acara padang seperti lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi telah dijalankan di Padang Kompleks Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2). Pada tahun ini johan keseluruhan telah dirangkul oleh rumah Dol Said. Tahniah diucapakan kepada yang berjaya, bagi yang tidak berjaya boleh teruskan usaha untuk tahun hadapan.

Barisan Kepimpinan SKPP 11(2)

Atlet yang Bertanding

Setiausaha Sukan Bersama Pegawai Pelepas

Johan Keseluruhan Dol Said


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...