Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Thursday 29 January 2015

MAKLUMAN PENGANJURAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH KALI KE 6

SK Putrajaya Presint 11(2) akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah mengikut ketetapan berikut :

       Tarikh   : 14 Febuari 2015 (Sabtu)
       Masa     : 7.30 hingga 11.00 Pagi
      Tempat Permulaan : Padang SKPP 11(2)

Kategori Larian:
1) Merentas Desa tahap 2 (tahun 4 hingga 6).
2) Langkah Ceria tahap 1 ( tahun 1-3 dan penyertaan adalah wajib
bersama ibu/bapa/ penjaga).
3) Terbuka untuk semua ibu/bapa/penjaga murid SKPP 11(2).

4) Trek perlumbaan bermula di SKPP 11(2) ke Padang Saujana  
    Hijau dan kembali semula ke SKPP 11(2).

Para penjaga dan ibu bapa dijemput untuk memeriahkan lagi program ini serta dapat beriadah bersama murid-murid dan warga sekolah SKPP 11(2).

Banner Kejohanan Merentas Desa kali  ke 6/2015


Surat Makluman Kejohanan Merentas Desa Kali ke 6


Sunday 25 January 2015

PROGRAM MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA & PENJAGA MURID TAHUN 6

 
Pada 24 Januari 2015 (Sabtu) satu program Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Penjaga Tahun 6 telah diadakan di Dewan Ibnu Battuta SKPP 11(2). Objektif utama program ini ialah untuk mengeratkan penjaga murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dengan pihak sekolah. Selain itu, program ini juga diharap dapat memberi motivasi kepada seluruh murid tahun 6 untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang. Kami seluruh warga SKPP 11(2) mendoakan kejayaan murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR yang akan menjelang pada bulan September nanti.

SEKITAR MAJLIS PERMUAFAKAN IBU BAPA & PENJAGA MURID TAHUN 6

PENGLIBATAN IBU BAPA & PENJAGA SANGAT MENGGALAKKAN

Saturday 24 January 2015

PROGRAM LANGKAH CERIA @ PUTRAJAYA & KAMPEN KIBAR BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN 2015

Makluman kepada murid yang terlibat dengan program ini berikut ialah ketetapan program :
              
                Tarikh     :             25 Januari 2015 (Ahad)
                Masa     :               6.15 Pagi (Berkumpul di SKPP 11(2)
                Tempat :               Dataran Putrajaya Presint 3 (Bas disediakan)

Para Penjaga boleh mengambil anak masing-masing di SKPP 11(2) pada jam 11 pagi. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai bagi memudahkan kelancaran pergi dan pulang murid.

Terima Kasih

Wednesday 14 January 2015

Makluman Mesyuarat Agong PIBG SKPP 11(2) Kali Ke 7

SKPP 11(2) akan mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali Ke 7 untuk tahun 2015 berikut ialah maklumat tentang mesyuarat tersebut :

        Tarikh : 7 Febuari 2015 (Sabtu)
        Masa   : 8.00 Pagi
        Tempat : Dewan Ibnu Battuta (SKPP 11(2)

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat memberi borang maklum balas kehadiran dan usul selewat-lewatnya 27 Januari 2015 bagi melicinkan kelancaran program.

Sekian Terima Kasih

SURAT PANGILAN MESYUARAT

BORANG MAKLUM BALAS DAN USUL

Wednesday 7 January 2015

Aktiviti PIBG Bagi Meringankan Beban Mangsa Banjir 2014

Bagi Melaksanakan Tanggungjawab sosial PIBG SKPP 11(2) akan mengadakan kutipan barang-barang untuk meringankan mangsa banjir di Pantai Timur. Kepada sesiapa individu, ibu bapa atau badan koprat yang ingin menyumbangkan sumbangan boleh memberikan sumbangan yang berbentuk barang barang berikut :
  1. Pampers Bayi
  2. Meggi Cup dan Bungkus
  3. Susu
  4. Gula
  5. Beras
  6. Biskut
  7. Teh
  8. Milo
  9. Telekung
  10. sejadah
  11. Susu bayi
  12. Apa-apa sahaja makanan kering yang difikirkan sesuai.
Sumbangan boleh disampaikan berdasarkan maklumat di bawah :
     
                 Tempat : Pejabat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2)
                 Masa    : 8.30 - 4.30 Petang
                 Tarikh      : IRabu 7.1.2014 sehingga Selasa 13.1.2014 (Hanya Waktu Pejabat Sahaja)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...