Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Saturday 30 January 2016

PROGRAM SEPANJANG BULAN JANUARI 2016

Sepanjang bulan Januari 2016 SKPP 11(2) telah mengadakan beberapa program antaranya ialah Kursus Kepimpinan Murid pada 22 Januari 2016, Program Zero Sampah pada 19 Januari 2016, Program peningkatan sahsiah"celik Minda adikku sayang" pada 19 (Tahun 2 dan 3) dan 21 Januari 2016 (Tahun 4 dan 5), Latihan Merentas Desa pada 27 Januari 2016, Pelancaran Kempen 3K Peringkat Sekolah pada 27 Januari 2016, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan sebaya Sesi 2016 pada 28 Januari 2016 dan Gotong Royong Perdana pada 30 Januari 2016. Terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga SKPP 11(2) kerana berjaya menjayakan program tersebut walaupun menghadapi masalah kekangan masa dengan aktiviti yang lain.

Program Gotong Royong Perdana

Ucapan Perasmian Program Gotong Royong Perdana oleh Guru Besar SKPP 11(2)
Menanm Bunga di Sekitar Kawasan Sekolah

Ibu Bapa memeriahkan Aktiviti Gotong-Royong
Memindahkan Loker yang Rosak

 Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya Sesi 2016

Ibu Bapa Berbincang Prestasi Semasa Anak-Anak Mereka

Murid Besama Ibu Bapa serta Guru Kelas

Pelancaran Kempen 3K Peringkat Sekolah

Gimik Perasmian oleh Guru Besar SKPP 11(2)

Kempen 3K Peringkat Sekolah

 Kursus Kepimpinan Murid

Melibatkan Pengawas Sekolah, PRS dan Pengawas Perpustakaan

 Latihan Merentas Desa

Murid diberikan Taklimat Sebelum Latihan Bermula

Trek Meretas Desa, Padang Saujana Hijau
 Program Peningkatan Sahsiah"Celik Minda Adikku Sayang" 

Program Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya
Majlis Disempurnakan oleh Pegawai Polis Angkat SKPP 11(2)

Barisan Pemimpin Muda Sekolah Bersama Pentadbir Serta Pegawai Polis Angkat

  Program Zero Sampah

Rangkuman Aktiviti Program Zero Sampah



Monday 18 January 2016

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

Program gotong-royong perdana akan ditunda ke tarikh berikut :


Tarikh : 30 Januari 2016 (Sabtu)
Masa   : 8.30 pagi -12 Tengah hari
Tempat : SKPP 11(2)

Saturday 16 January 2016

MAJLIS PERMUAFAKATAN WARIS TAHUN 6 & MOTIVASI KEIBUBAPAAN

Pada 16 Januari 2016 bertempat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin telah diadakan Majlis Permuafakatan Waris Tahun6 dan Motivasi Keibubapaan khusus dalam merencanakan program serta mengembelang tenaga antara warga sekolah dan waris tahun 6 dalam memacu kejayaan UPSR tahun ini. Disamping itu, turut dijalankan motivasi keibubapaan yang dijalankan oleh motivator Pak Anjang.

Brosur Program Permuafakatan Waris Tahun 6 & Motivasi Keibubapaan
Barisan Pendidik Tahun 6 
Amanat & Harapan Oleh Guru Besar SKPP 11(2)




Monday 11 January 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

SKPP 11(2) telah melancarkan program Sekolah Penyayang di bawah Unit Bimbingan & Kunseling. Tujuan program ini ialah mewujudkan rasa kasih sayang antara guru dan murid. Pada program ini setiap kelas telah diberikan dua orang guru mentor iaitu guru kelas dan guru pembantu bagi menjalankan aktiviti Sekolah Penyayang.

Dirasmikan Oleh Penolong Kanan Tadbir & Akademik

Penyerahan Mentor & Mantee

Majlis Perasmian

Ucapan Perasmian

Saturday 9 January 2016

WARNA WARNI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2016

Selamat datang kepada diucapkan kepada seluruh warga SKPP 11(2) terutamanya kepada murid tahun 1. Tahun ini SKPP 11(2) menerima 279 orang murid tahun 1, pelbagai karenah dan aksi dapat dilihat semasa hari pertama persekolahan.
Guru Besar Menyambut Kehadiran Murid
Murid Teruja Untuk Memulakan Sesi Persekolahan 2016

Barisan Guru Penolong Kanan 2016

Murid Tahun 1

Pegawai Angkat Sekolah dan Pegawai Polis Angkat

Ucapan Guru Besar


Sunday 3 January 2016

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN 2016


Berikut ialah waktu persekolahan bagi sesi 2016 :

Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3)
Hari : Isnin-Khamis :Waktu Hadir 7.30 Pagi
                                  : Waktu Pulang 1.10 Petang
                                  : Waktu Rehat 9.40 Pagi

Hari Jumaat             : Waktu Hadir 7.20 Pagi
                                  : Waktu Pulang 12.10 Tengah Hari
                                   : Waktu Rehat 9.40 Pagi

Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Hari : Isnin-Khamis  :Waktu Hadir 7.30 Pagi
                                  : Waktu Pulang 1.40 Petang
                                  : Waktu Rehat 10.10 Pagi

Hari Jumaat             : Waktu Hadir 7.20 Pagi
                                  : Waktu Pulang 12.10 Tengah Hari
                                   : Waktu Rehat 10.10 Pagi

WAKTU KOKURIKULUM (Tahun 3,4,5 dan 6)
Setiap Rabu 2.40 Petang hingga 4.40 Petang



Friday 1 January 2016

MAKLUMAN KELAS KAFA 2016 UNTUK HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Makluman kepada semua ibu bapa murid KAFA skpp11(2). Pendaftaran kelas KAFA tahun 2-6 dibuka pada hari isnin (4/1/2016) jam 2 petang. Selepas pendaftaran, murid2 akan pulang bersama ibu bapa masing-masing. Manakala murid tahun 1 tidak perlu datang ke kelas KAFA pada hari tersebut . Kelas KAFA akan memulakan pdp pada hari selasa (5/1/2016)
Sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...