Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Monday 23 November 2015

HARI PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH & TAHUN 1 SESI 2016

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 dan prasekolah sesi pendaftaran persekolahan 2016 seperti berikut :

       Tarikh : 28 December 2015 (Isnin)
                                                          Masa :8.30 pagi


Saturday 21 November 2015

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015

Pada 21 Novemeber 2015 SKPP 11(2) telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang yang telah dirasmikan oleh Pn Hjh Roaini binti Jaafar SIPatner +. Majlis telah dimulakan dengan perarakan masuk VIP dan nyanyian Lagu Negaraku. Majlis ini adalah bagi memberi pengiktirafan kepada murid-murid di atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik sepanjang 2015. Selain itu, pada majlis ini juga merupakan Majlis Graduasi murid tahun 6 dan pengiktirafan kepada wira-wira SKPP 11(2) yang mendapat 5A dalam UPSR. Tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya tingkatkan usaha untuk kejayaan tahun hadapan. 

Barisan Krew Majlis Anugerah Cemerlang

Calon 5A UPSR 2015

Tokoh Seri Bitara Murid

Wednesday 18 November 2015

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Pada 16-18 November 2015, SKPP 11(2) telah mengadakan program 1 Murid 1Sukan yang melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6. Antara sukan yang dijalankan ialah pertandingan kemahiran asas sukan mengikut tahun serta pertandingan futsal bagi murid tahun 5 dan 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membudayakan sukan dalam kalangan murid SKPP 11(2). Tahniah kepada yang berjaya serta kepada seluruh warga sekolah kerana berjaya menjalakan program dengan jayanya.

Acara Senamrobik

Futsal Perempuan Tahun 6

Futsal Lelaki Tahun 6

Murid Bersenamrobik

KEJAYAAN SEPANJANG BULAN NOVEMBER

Tahniah diucapkan kepada Puan Razlina Karman kerana berjaya meraih Naib Johan Kategori Guru Inovatif sempena Anugerah Kualiti WP Putrajaya 2015. Disamping itu, SKPP 11(2)  berjaya mendapat Naib Johan dan tempat Ketiga pertandinga spell it right.

Guru Inovatif

Naib Johan Spell It Right

Tempat Ketiga



Tuesday 17 November 2015

PENCAPAIAAN UPSR 2015

Alhamdulillah pada tahun in SKPP 11(2) meneruskan kecemerlangan dalam keputusan UPSR 2015 apabila seramai 24 orang calon mendapat 5A. Disamping itu, SKPP 11(2) juga mencatatkan peningkatan daripada segi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 1.65 berbanding keputusan UPSR 2014 iaitu 1.66. Secara keseluruhan SKPP 11(2) mengekalkan kedudukan ketiga terbaik dalam Putrajaya seperti tahun lepas.Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SKPP 11(2) atas kejayaan ini.

Wajah Ceria Calon 5A UPSR 2015

Monday 16 November 2015

Saturday 14 November 2015

KARNIVAL KOKURIKULUM 2015

Pada 14 November 2015 (Sabtu) SKPP 11(2) telah mengadakan Karnival Kokurikulum yang julung kali diadakan. Tujuan karnival ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar tentang aktiviti kokurikulum yang telah berlansung sepanjang 2015 serta mengumpul dana unit kokurikulum untuk menjalankan aktiviti untuk tahun 2016. Karnival ini telah dimulakan dengan kawad tabik hormat menyambut Wakil Pengarah Pendidikan bagi merasmikan majlis perasmian Seterusnya pengunjung dihidangkan dengan persembahan silat serta tanyang video kejayaan dan aktiviti unit kokurikulum sepanjang 2015. Selain itu jualan gerai, pameran dan aktiviti permainan telah diadakan bagi merancakkan karnival ini. Tahniah kepada seluruh warga SKPP 11(2) kerana berjaya menjayakan karnival ini dengan jayanya.

Artis Undangan Afiq Syazwan Menghiburkan Penonton

Aktiviti Gubahan Kain Batik

Warga KerjaKarnival Kokurikulum

Jualan Gerai

Pakaian Beragam Murid Prasekolah

Gerai Western Food

Pengambaraan ke Alam Barzakh Mendapat Sambutan Hangat

Gerai Perstuan Bahasa
 

Friday 13 November 2015

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Pada 16, 17 dan 18 November SKPP 11(2) akan mengadakan program 1 Murid 1 Sukan mengikut ketetapan berikut :


Tuesday 10 November 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2015

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia. Semoga kedatangan Hari Deepavali membawa 1000 kecerian.


HARI KANAK-KANAK & LAWATAN PENANDA ARAS SK HUJONG KETON

Pada 6 November 2015 bersamaan hari Jumaat SKPP 11(2) telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meraikan murid-murid SKPP 11(2), pada kali ini tema Bollywod telah dipilih sebagai tema sambutan. Pelbagai acara telah diadakan bagi mengisi sambutan ini antaranya ialah pakaian beragam, persembahan murid prasekolah dan persembahan badut. Pada masa yang sama juga SK Hujong Keton Pendang Kedah telah mengadakan lawatan penanda aras ke SKPP 11(2) untuk melihat suasana dan pengurusan SKPP 11(2). Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Lawatan Penanda Aras SK Hujong Keton.

Peserta Pakaian Beragam

Persembahan Badut

Pemenang Pakaian Beragam
Murid-Murid Prasekolah
Lawatan Penanda Aras SK Hujong Keton

Barisan Guru SK Hujong Keton

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...