Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Tuesday 30 August 2016

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SKPP 11(2)

Pada 30 Ogos 2016 bertempat di Dewan Ibnu Battuta telah diadakan majlis pelancaran Sambutan Ambang Merdeka peringkat SKPP 11(2). Tujuan diadakan program ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai kemerdekaan negara yang telah mencapai usia 59 tahun dan bertemakan Sehati dan Sejiwa.

Guru-Guru Bersama Memeriahkan Sambutan Ambang Kemedekaan

Murid-Murid Menyanyikan Lagu Kemerdekaan

Wajah-Wajah Generasi Pascamerdeka

Murid-Murid Mengibarkan Jalur Gemilang

Sunday 14 August 2016

PROGRAM KHEMAH IBADAH DAN MUNAJAT PERDANA

Pada 12 hingga 14 Ogos 2016 bertempat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin telah diadakan program Khemah Ibadah dan Munajat Perdana yang melibatkan seramai 124 murid tahun 6 SKPP 11(2). Antara pengisian aktivit ini ialah program kerohanian yang berfokus kepada mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bagi menyediakan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan berlansung pada 5-7 September 2016. Kemuncak program ini ialah Munajat Perdana yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program Munajat Perdana

Ketibaan Pengarah JPNWPP

Ibu Bapa Peserta yang Hadir

Tenaga Kerja Khemah Ibadah

Peserta Program Munajat Perdana

Monday 8 August 2016

CORETAN SEPANJANG BULAN JULAI

Sepanjang ulan Julai beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada 29 Julai 2016 dan Pertandingan Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan pada 30 Julai 2016. Tahniah diucapkan atas kejayaan penganjuran dan kejayaan dalam pertandingan tersebut.


Barisan Guru SKPP 11(2)

Tenaga Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Guru Melayan Anak-Anak Murid
 
Sumbangan Duit Raya Disampaikan Oleh YDP PIBG SKPP 11(2)

Peserta SKPP 11(2) Berjaya Mendapat Tempat
Peserta SKPP 11(2)

Pertandingan Gajet & Ikatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...