Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Tuesday 31 March 2015

KEJAYAAN SKPP 11(2) SEMPENA ANUGERAH KOKURIKULUM DAN UNIT HEM PUTRAJAYA

Pada 28 Mac 2014 bertempat di Kementerian Wilayah Persekutuan telah diadakan satu majlis penghargaan dan pengiktirafan atas kecemerlangan kokurikulum serta pertandingan Unit Hal Ehwal Murid. SKPP 11(2) berjaya mendapat tempat ke 5 bagi kategori Unit Beruniform Puteri Islam dan seorang murid Tahun 6 Razak iaitu Mohd Shahmi bin Rosdi telah mendapat Anugerah Ke 3 Terbaik Kokurikulum bagi kategori sekolah rendah atas penglibatan aktif beliau dalam sukan olahraga dan skuasy. Beliau juga merupakan atlet olahraga dan skuasy Putrajaya. Disamping itu, bagi Unit HEM SKPP 11(2) telah berjaya merangkul Anugerah Bilik Disiplin Terbaik bagi kategori sekolah rendah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SKPP 11(2)

Guru Besar SKPP 11(2) Menerima Sijil Penghargaan Anugerah Bilik Disiplin Terbaik (Sekolah Rendah)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Menerima Sijil Pencapaian Tempat Ke 5 Pasukan Badan Beruniform Cemerlang
Tempat ke 5 Pasukan Badan Beruniform Terbaik
Mohd Shahmi bin Rosdi Menerima Anugerah Ke 3 Terbaik Kokurikulum

Anugerah Bilik Disiplin Terbaik (Sekolah Rendah)

Thursday 26 March 2015

PROGRAM TOP A STAR UPSR

Program ini merupakan cetusan idea Guru Besar SKPP 11(2) Pn Rohana Binti Abd Manaf dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 bagi mengiktiraf murid-murid yang menunjukkan prestasi yang baik setiap kali peperiksaan. Antara objektif utama program ini ialah untuk menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Hanya 30 orang murid sahaja yang disenaraikan dalam kumpulan Top A Star UPSR. Semoga SKPP 11(2) dapat mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.

Guru Besar menyematkan lencana Top A Star

Murid kelihatan ceria menerima lencana Top A Star


Tuesday 24 March 2015

PROGRAM MENTOR MENTEE MURID TAHUN 6

Satu Program Mentor- Mentee telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kunseling pada 24 Mac 2015. Antara pengisian program ini ialah setiap murid tahun enam diberikan seorang guru mentor yang berperanan untuk membantu mereka daripada aspek akademik, motivasi dan sokongan agar semua murid tahun enam dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Selain itu, setiap mentor akan mengadakan sesi pertemuan secara bersemuka untuk membimbing mereka dan meningkatkan motivasi mereka agar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPP 11(2) Pn Rohana Binti Abd Manaf.
Murid tahun enam begitu teruja untuk bertemu dengan mentor mereka.

Barisan pentadbir bersama semua murid tahun enam

Guru Besar memakaikan lencana 5A

Penyerahan mentee kepada Puan Jalila daripada Guru Besar

Ustaz Naqiuddin menerima mentee daripada Guru Besar

Sunday 15 March 2015

SEKITAR PROGRAM TAHUN 6 BULAN MAC

Beberapa program telah dijalankan oleh pihak sekolah yang diuruskan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bersama guru-guru tahun 6. Objektif utama program ini ialah untuk memberi motivasi serta melibatkan penglibatan para penjaga dalam memacu kejayaan murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR akan datang. Antara program yang telah dijalankan ialah Program Mentor-Mentee dan Program Lambaian Kasih. Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pada tahun ini SKPP 11(2) dapat mencipta rekod pencapaian terbaik UPSR dalam Putrajaya.

Tandatangan harapan ibu bapa kepada calon-calon UPSR

Ibu bapa memeluk anak mereka tanda izin restu agar anak-anak tahun enam berjaya dalam UPSR

Murid-murid berdoa agar beroleh kejayaan dalam peperiksaan UPSR

Pelancaran program mentor-mentee

Saturday 14 March 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA & PENGAWAS PUSAT SUMBER SERTA CERAMAH BULI

Pada 12 Mac 2015 satu Majlis Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah, PRS dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan. Sempena majlis ini pihak sekolah telah menjemput ASP Md Zaidy Bin Haron bagi menyampaikan Ceramah Tentang Buli Dalam Kalangan Murid Sekolah serta menyampaikan watikah kepada barisan Pengawas Sekolah, PRS dan Pengawas Pusat Sumber. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah, PRS dan Pengawas Pusat Sumber

Cermah Buli Dalam Kalangan Murid Sekolah

Thursday 12 March 2015

Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 ke Sekolah - Sekolah Putrajaya Tahun 2016

Permohonan pendaftaftaran murid ke sekolah-sekolah Putrajaya boleh dibuat secara atas talian mulai 1 Mac 2015 melalui Sistem Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1, KPM
Sistem tersebut boleh diakses melalui alamat berikut http://public.moe.gov.my/daftartahun1

Takwim proses pendaftaran adalah seperti berikut: 

Perkara Tarikh
Pendaftaran 1 - 31 Mac
Pengesahan Pendaftaran 14 hari selepas pendaftaran
Keputusan Penempatan
14 - 31 Julai
Pengesahan Penempatan / Rayuan 1 - 30 Ogos
Keputusan Rayuan 1 - 30 Okt
Pendaftaran Murid 1 Jan

SEKITAR LAWATAN DELEGASI PENDIDIKAN THAILAND KE SKPP 11(2)

Pada 10 Mac 2015 SKPP 11(2) telah menerima lawatan delegasi pendidikan dari Thailand. Tujuan kedatangan delagasi ini ialah untuk melihat suasana dan kemudahan pembelajaran di SKPP 11(2). Lawatan ini merupakan lawatan yang julung kalinya untuk tahun 2015, diharap dengan lawatan seperti ini dapat melonjakkan nama SKPP 11(2) di mata masyarakat luar. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan lawatan ini.

Delegasi Thailand disambut oleh murid SKPP 11(2)

Pengawas dan PRS  menyambut delegasi Thailand

Delegasi bergambar dengan guru prasekolah serta pembantu prasekolah

Murid prasekolah menampilkan imej 1 Malaysia

Lawatan ke prasekolah

Sesi fotografi antara warga SKPP 11(2) dan delegasi Thailand

Monday 9 March 2015

KEJAYAAN SEKOLAH SEPANJANG BULAN MAC

Sepanjang bulan Mac beberapa pertandingan di peringkat Putrajaya telah dipertandingkan antaranya ialah Badminton, Perkhemahan Unit Beruniform dan Larian jemputan 7K di IPG Kampus Teknik. Berikut ialah kejayaan yang berjaya diraih oleh kontijen SKPP 11(2) :

Badminton :
  1. Naib Johan Perseorangan Wanita Bawah 12 Tahun
  2. Johan Perseorang Lelaki Bawah 12 Tahun
Perkhemahan Unit Beruniform :
  1. Naib Johan Bantu Mula (BSMM) Perempuan dan akan mewakili Putrajaya ke peringkat Kebangsaan.
  2. Tempat Ke 3 Masakan Rimba (PPIM)
  3. Tempat Ke 3 Pandu Arah (TKRS) 
Atlet Badminton Bersama Jurulatih SKPP 11(2)

Tempat Ke 3 Masakan Rimba

Naib Johan Bantu Mula Perempuan

Tempat Ke 3 Pandu Arah

Kejohanan Jemputan Larian 7K IPG Kampus Teknik

KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH

Mohon jasa baik para penjaga untuk mengalakkan anak-anak anda supaya hadir ke sekolah kerana peratus kehadiran keseluruhan sekolah setiap hari tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu 95% dan ke atas.
 
Jumlah peratusan kehadiran mencatatkan kehadiran 94.9%

Friday 6 March 2015

ADUAN SALAH LAKU MURID & BULI

Isu disiplin dan buli merupakan salah satu isu yang dipandang serius di sekolah. Bagi menangani masalah ini SKPP 11(2) telah mengambil inisiatif mewujudkan e-mail aduan untuk memudahkan penjaga melaporkan salah laku murid dan kes buli di sekolah terus kepada pihak sekolah. Kewujudan e-mail ini hanyalah sebagai inisiatif pihak sekolah bagi membendung  kes salah laku disiplin  serta buli jika berlaku dan sebagai langkah pencegahan. Sila sertakan butir-butir berikut untuk tindakan pihak sekolah jika terdapat kes-kes sebegini :
  1. Nama pengadu
  2. Maklumat mangsa
  3. Keterangan kes
  4. No telefon pengadu untuk memudahkan dihubungi
  5. Tarikh, lokasi dan masa kejadian
Hantarkan e-mail anda di alamat berikut : skpresint11dua@gmail.com

Tuesday 3 March 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER & KECEMERLANGAN SKPP 11(2)

Tahniah dan syabas kepada semua warga SKPP 11(2) di atas pengiktirafan sebagai salah sebuah Sekolah Kluster & Kecemerlangan di Putrajaya terutamanya kepada para pentadbir, guru-guru serta PIBG yang sentiasa bekerja keras untuk merealisasikan impian dan harapan warga SKPP 11(2) untuk mendapatkan Sekolah Kluster dan Kecemerlangan. Skuasy dan Agama Islam telah dipilih sebagai nichie area atau Etos kecemerlangan sekolah ini kerana pencapaian yang memberangsangkan terutamanya di peringkat negeri dan kebangsaan. Semoga dengan pengiktirafan ini SKPP 11(2) akan lebih berjaya dalam melahirkan modal insan yang berjaya dan berakhlak mulia serta mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Guru Besar SKPP 11(2) bersama barisan Guru Besar dan Pengetua sekolah Putrajaya yang berjaya diiktiraf sebagai Sekolah Kluster dan Kecemerlangan

Pn Rohana binti Abd Manaf Guru Besar SKPP 11(2) menerima sijil pengiktirafan daripada Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof

Segala usaha dan penat lelah warga SKPP 11(2) telah diterjemahkan dengan pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster dan Kecemerlangan

Sunday 1 March 2015

PERMOHONN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 KE SEKOLAH-SEKOLAH PUTRAJAYA TAHUN 2016

Permohonan pendaftaran murid ke sekolah-sekolah Putrajaya boleh dibuat secara atas talian mulai 1 Mac 2015 melalui Sistem Permohonan Kemasukan Tahun 1, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem tersebut boleh diakses melalui alamat berikut http://public.moe.gov.my/daftartahun1

Takwim proses pendaftaran adalah seperti berikut :

                          Pendaftaran                    : 1-31 Mac 2015
                          Pengesahan Pendaftaran  : 14 hari selepas pendaftaran
                          Keputusan Penempatan   : 14-31 Julai 2015
                          Penegsahan Penempatan : 1-31 Ogos 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...