Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Monday 28 March 2016

MAKLUMAN PENGANJURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-7 PERINGKAT SEKOLAH 2016

Berikut ialah maklumat tentang latihan dan kejohanan sukan 2016 :

Tarikh : 29 Mac 2016 (Selasa)
Masa   : 7.40-10.10
Perkara : Latihan Rumah Sukan (semua murid)
Tempat : Padang Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11(2)


Tarikh : 30 Mac 2016 (Rabu)
Masa   : 7.40-10.10
Perkara : Sukantara ( Tahun 3,4,5&6)
                Latihan Sukaneka ( Tahun 1 & 2)
Tempat : Padang Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11(2)


Tarikh : 31 Mac 2016 (Khamis)
Masa   : 7.40-11.00
Perkara : Akhir Semua Acara Padang (Tahun 3,4,5&6 yang terlibat sahaja)
Tempat : Padang Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11(2)

Tarikh : 31 Mac 2016 (Khamis)
Masa   : 7.40-11.00
Perkara : Saringan Semua Acara Balapan (Tahun 3,4,5&6 yang terlibat sahaja)
Tempat :Stadium Universiti Multimedia Cyberjaya

Tarikh : 1 April 2016 (Jumaat)
Masa   : 7.40-10.10
Perkara :Raptai Kejohanan
Tempat : Padang Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11(2)

Tarikh : 3 April 2016 (Ahad)
Masa   : 7.40-11.30
Perkara : Kejohanan Balapan & Padang Kali ke 7
Tempat : Stadium Universiti Multimedia Cyberjaya

Sunday 27 March 2016

PEMBUKAAN TANGGA DI LALUAN DROPZONE

Adalah dimaklumkan bahawa laluan tangga di dropzone dibuka dan boleh digunakan bermula Isnin 28 Mac 2016. Diharap para penjaga dan ibu bapa dapat menurunkan murid-murid di laluan dropzone dan tidak menurunkan murid-murid di laluan tepi jalan sebelum pintu pagar sekolah bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai bagi memudahkan kelancaran trafik terutamanya pada waktu pagi. Sekian terima kasih.

Thursday 24 March 2016

Perkhemahan Unit Beruniform 2016



Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan pekhemahan unit beruniform bagi murid tahun 4 hingga 6. Penyertaan dibuka kepada murid-murid yang berminat untuk menyertai perkhemahan ini dan tempat adalah terhad. Maklumat perkhemahan  mengikut ketetapan berikut :

                Tarikh     : 26 hingga 28 April 2016 (Selasa-Khamis)
                Tempat :  Pusat Kokurikulum Pangkor (Perak)
                Bayaran : RM 80

            Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan para penjaga membuat bayaran boleh dilakukan secara penuh atau dua kali bayaran  bermula 29 Mac sehingga 15 April 2016 . Penyertaan berdasarkan penyertaan yang terawal. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh merujuk kepada En Norhasmi Bin Othman (012-6107248).
Sekian, terima kasih.

Tuesday 22 March 2016

GALAKKAN MEMBAWA AIR KOSONG DAN MINUM LEBIH AIR KOSONG SEMASA MUSIM PANAS

Kepada semua murid dan warga SKPP 11(2), pihak sekolah menyarankan para ibu bapa membekalkan anak-anak ke sekolah dengan air kosong yang secukupnya memandangkan cuaca panas yang sedang melanda negara. Selain itu, murid-murid digalakkan untuk meminum air kosong atau air masak secukupnya bagi mengelakkan dihidrasi dan mendapat risiko strok haba.

Monday 21 March 2016

PENANGGUHAN SEMENTARA LATIHAN DAN KEJOHANAN SUKAN

SKPP 11(2) prihatin dengan cuaca panas pada masa ini, justeru SKPP 11(2) menangguhkan sementara latihan sukan dan Kejohanan Sukan Tahunan kerana cuaca panas dan tidak sesuai untuk aktiviti luar. Tarikh untuk latihan dan Kejohanan Sukan Tahunan sebenar akan dimaklumkan kelak. Terima Kasih.

Wednesday 9 March 2016

INFO SAINS: FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA PADA 9 MAC 2016

Hari ini..9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa. 

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini.

Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa. Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

Jika anda terlepas peluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini, anda perlu menunggu hingga 26 Disember 2019. Pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin, manakala kawasan lain di Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa.
‪#‎INDAHnyaCiptaanAllah‬


Gerhana Matahari Satu Tanda Kekuasaan Allah S.W.T

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Pada 9 Mac 2016 tepat jam 8.00 Pagi SKPP 11(2) telah mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari sempena fenomena Gerhana Matahari. Solat Sunat Gerhana Matahari ini melibatkan para guru dan murid-murid tahun 4 hingga 6 di Dewan Al-Fattoni. Fenomena ini merupakan salah satu tanda kebesaran pencipta yang Maha Esa, marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kepada-Nya serta bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan. 

Murid-Murid Lelaki Menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari

Solat Telah Dimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Naqiuddin

Murid-Murid Perempuan Turut Sama dalam Solat Sunat Ini

Barisan Pentadbir Bersama Guru Perempuan

RALAT SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE TAHUN 1

Makluman RALAT pada lampiran senarai semak terkini penghantaran dokumen ke sekolah iaitu tambahan pada no.8
**no.8. Sila lampirkan sampul Surat beralamat sendiri Dan ditulis nama Anak Tahun 1(2017/2018) bersaiz 4x9 bersetem  RM 1.00 dan hantar ke pejabat sekolah.


Penambahan Senarai Semak Nombor 8

Sunday 6 March 2016

MAKLUMAT APLIKASI PENGURUSAN ATLET MURID KE SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN (SPASSM) SECARA ATAS TALIAN

Sukacita dimaklumkan Bahagian Sukan KPM telah melaksanakan Aplikasi Pengurusan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia (SPASSM) secara atas talian mulai Ambilan Julai 2016 bagi memproses pencalonan atlet murid ke Sekolah Sukan Malaysia.

Sehubungan itu, pihak tuan boleh membuat pencalonan atlet secara dalam talian sepertu berikut :
  1. Ambilan Julai 2016 - Bermula 1 Februari 2016 hingga 30 April 2016
  2. Ambilan Januari 2017 - Bermula 1 Julai 2016 hingga 30 Oktober 2016.
Surat Makluman

Tatacara Permohonan

Syarat-syarat Kemasukkan

Friday 4 March 2016

KELAS ROBOTIK 2016

Perhatian kepada semua murid yang berminat untuk menyertai Kelas Robotik, pendaftaran Kelas Robotik akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
                           
                           Hari : 12 Mac 2016
                           Tempat : Kantin SKPP11(2)
                           Masa : 9.00 pagi                                    
                  Bayaran: RM60(yuran bulanan) + RM40 (yuran pendaftaran)

*Kelas robotik akan diadakan setiap hari Sabtu setiap minggu bermula dari pukul 9.00 - 10.00 pagi di Bilik Sains Tingkat 2 SKPP11(2). Harap maklum.

BORANG PENDAFTARAN

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TAHU SATU BAGI ATAHUN 2017 & 2018 TELAH DIBUKAN

PERMOHONAN UNTUK KE TAHUN 1 BAGI TAHUN 2017 DAN 2018 TELAH DIBUKA BAGI SESI PENGAMBILAN DI SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA MELALUI LAMAN WEB https://public.moe.gov.my/.  

BAGI KEMASUKAN TAHUN 1 2017 BAGI MURID YANG TAHIR PADA 2.1.2010 HINGGA 1.1. 2011. MANAKALA BAGI TAHUN 1 SESI 2018 IALAH BAGI MURID YANG LAHIR PADA  2.1.2011 HINGGA 2.1.2012.

LAMAN WEB UNTUK PERMOHONAN TAHUN 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...