Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Wednesday 20 May 2015

PROGRAM BERSAMA IBU BAPA SKPP 11(2) TAHAP 1 2015 BAGI MURID LINUS


PANDUAN MENJAWAB SOALAN PERMATA PINTAR



Di sini dilampirkan slide tatacara untuk mendaftar sebagai pelajar baru di dalam sistem ini.Murid boleh menjawab di makmal komputer sekolah atau di rumah masing-masing. Murid perlu mencetak  sendiri sijil yang dikeluarkan sekiranya mencapai tahap yang diperlukan. Tarikh akhir permohonan  ialah pada 31 Mei 2015.

 Selamat maju jaya.















Friday 15 May 2015

MAKLUMAN PEMBATALAN KERTAS DUA MATEMATIK TAHUN 3

Kepada semua calon kertas Matematik tahun 3, kertas dua yang telah dijadualkan seperti dalam jadual peperiksaan digugurkan. Jadual bagi mata pelajaran yang lain adalah seperti biasa.

Thursday 14 May 2015

PROJEK MENAIK TARAF SURAU DAN TANGGA OLEH PIBG SKPP 11(2)

Alhamdulillah PIBG SKPP 11(2) sekali lagi memberi sumbangan untuk menaik taraf surau SKPP 11(2) dan laluan tangga di susur gajah tempat menurunkan murid. Terima kasih dan sakalung penghargaan kepada Yang Dipertua PIBG EN Rashidee bin Sabri atas usaha keras beliau mendapatkan dana untuk pembangunan SKPP 11(2). Kami warga SKPP 11(2) merakamkan ucapan terima kasih dan bebesar hati atas sumbangan yang diberikan oleh PIBG SKPP 11(2).

Kerja-kerja naik taraf tangga di laluan drop zon

Kerja naik taraf berjalan mengikut jadual

Kawasan tangga
 
Naik taraf surau sekolah

Jemaah akan menikmati keselesaan

Thursday 7 May 2015

Ujian Saringan Pertama UKM 1 Tahun 2015

Ujian saringan Permata Pintar UKM kepada kanak-kanak berusia 8 hingg 15 tahun boleh diakses secara atas talian di laman web http:ukm1.permatapintar.edu.my. Tarikh tutup ujian pada 31 Mei 2015.


Wednesday 6 May 2015

Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

Berikut ialah tarikh dan masa Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan. Diharap kepada semua murid dan para penjaga dapat bersedia dan mengambil tindakan sewajarnya. Terima Kasih.

Jadual untuk Tahap 1



Jadual untuk Tahap 2

Mesyuarat Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)

Satu mesyuarat Kumpulan Sokongan Ibu Bapa akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
                                 Tarikh : 16 Mei 2015 (Sabtu)
                                 Masa   : 9.00 Pagi
                                 Tempat : Bilik PIBG SKPP 11(2)
                                

Tuesday 5 May 2015

Sekitar Kejayaan Tempat ke 3 Berpasukan Lelaki dan Johan Individu Perempuan Kejohanan Catur MSSWP

Pada 28 April 2015 bertempat di SKPP 16(2) telah diadakan Kejohanan Catur MSSWP Putrajaya. SKPP 11(2) berjaya merangkul tempat ke 3 acara berpasukan lelaki dan Johan individu kategori perempuan bawah 12 tahun. Pada kali ini pasukan catur SKPP 11(2) telah memperlihatkan peningkatan yang memberansangkan serta dapat mencungkil bakat-bakat baharu. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan kejohanan ini.

Johan Individu Perempuan Bawah 12 tahun Wan Aishah Insyirah

Pasukan Catur SKPP 11(2) Bersama Pengurus Pasukan Pn Masitah Arshad

Pentadbir Bersama Pasukan Catur SKPP 11(2)

Sekitar Gotong Royong Bersama PIBG

Satu Program Gotong Royong Perdana telah diadakan anjuran PIBG SKPP 11(2) yang melibatkan warga SKPP 11(2) bersama para penjaga bagi menceriakan bilik darjah dan kawasan sekolah.

Ibu bapa datang memeriahkan Program Gotong Royong Perdana

Murid-Murid Bersama Membantu Menceriakan Kelas Mereka

Para Penjaga Teruja dengan Program yang Dijalankan

Maklumam Alamat e-mail terbaharu PIBG SKPP 11(2)

PIBG SKPP 11(2) telah membuka akaun e-mail baharu iaitu pibgskpp1102@gmail.com. Selain itu, kepada para penjaga yang ingin memeberikan sumbangan kepada PIBG SKPP 11(2) bagi program pembangunan sekolah terutama bagi program UPSR boleh menyalurkan sumbangan anda ke no akaun pibg 566010606739 (Maybank) dan emailkan bukti pembayaran atau sumbangan ke e-mail PIBG SKPP 11(2) beserta nama penjaga, nama dan kelas anak sebagai rekod.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...