Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, SKPP 11(2) telah mengadakan beberapa program bagi memeriahkan suasana Ramadhan dan kedatangan bulan Syawal. Antara program yang telah diadakan ialah Majlis Khatam Al-Quran guru bersama murid SKPP 11 (2) serta pengagihan duit raya kepada semua murid oleh guru-guru dan AJK PIBG pada 10 Julai 2015, Majlis Iftar iaitu berbuka puasa yang melibatkan seluruh warga SKPP 11(2), PIBG dan ibu bapa pada 9 Julai 2015. Tahniah dah syabas diucapkan kepada Panitia Agama Islam, AJK PIBG dan Pentadbir serta warga SKPP 11(2) kerana berjaya melaksanakan program sepanjang bulan Ramadhan dengan jayanya.
 |
Majlis Khatam Al-Quran Murid |
 |
Majlis Khatam Al-Quran Guru |
 |
Suasana Iftar yang Mendapat Sambutan yang Luar Biasa daripada Ibu Bapa |
 |
Pemberian Duit Raya oleh Guru Besar dan AJK PIBG |
 |
Sesi Pemberian Duit Raya oleh Semua Guru |
No comments:
Post a Comment