Translate

IKHLAS BERBAKTI

IKHLAS BERBAKTI

Monday 30 May 2016

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN KARNIVAL KLUSTER AGAMA ISLAM

Pada 28 Mei 2016 bersamaan hari Sabtu telah diadakan dua program iaitu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Karnival Kluster Agama Islam Peringkat Kebangsaan. Bagi Majlis Tilawah Al-Quran sebanyak 13 penyertaan yang melibatkan kesemua sekolah rendah di Putrajaya manala bagi Karnival Kluster Agama Islam sebanyak 12 buah sekolah iaitu yang mewakili negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya. Pada kali ini SKPP 11(2) telah menjadi johan keseluruhan bagi Penyertaan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Putrajaya dan Johan bagi pertandingan hafazan lelaki Karnival Klauster Agama Islam serta Naib Johan pertandingan bercerita Lelaki serta Tulisan Khat. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya serta Panitia Agama Islam & Bahasa Arab kerana berjaya menganjurkan pertandingan di Peringkat Putrajaya dan Kebangsaan.

Perasmian Penutupan Oleh Pengarah JPWP Putrajaya
Naib Johan Pertandingan Bercerita Karnival Kluster Agama Islam
Wakil Guru Pengiring Menerima Sijil Penyertaan
Tetamu Kehormat yang Menghadiri Majlis Ini

Pertandingan Tulisan Khat

Peserta dari Negeri Sembilan

Pertandingan Bercerita Lelaki

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...